PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN



Pengenalan


Pembentukan Semangat Berpasukan merupakan kursus motivasi untuk menyedarkan para pekerja agar mengamalkan pemikiran positif ketika melaksanakan tugasan atau menjalani kehidupan seharian baik secara individu,  berpasangan ataupun berpasukan.

Ianya juga merupakan salah satu dari pelbagaian kaedah di dalam bidang pembangunan pengurusan yang diamalkan oleh kebanyakan organisasi untuk memacukan produktiviti dan komitmen pekerja – pekerja bagi mencapai hala tuju dan objetif yang ingin disasarkan.

Pemikiran Positif tidak kurang pentingnya di dalam menghasilkan pekerja – pekerja yang bersemangat dan berkeyakinan di dalam menjalankan pekerjaan seharian untuk memenuhi kehendak pihak pengurusan. Namun, para pekerja hanyalah manusia biasa yang mengalami pasang surut di dalam mengharungi liku – liku kehidupan yang kadangkala memberi tekanan sehingga mengganggu-gugat pencapaian mereka di tempat kerja.

Tidak kurang juga dengan segelintir para pekerja yang menolak perubahan sikap atau enggan menerima pembaharuan. Masalah sebegini boleh mempengaruhi perancangan pihak pengurusan untuk mencapai sesuatu objektif dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Pembentukan Semangat Berpasukan adalah latihan dalaman yang dapat memberi kebaikan kepada semua pihak dari pelbagai bidang atau jawatan kerana ianya berkait rapat dengan diri seseorang individu dan penggunaan kuasa fikiran. Perlu diingatkan bahawa amatlah penting untuk sentiasa melakukan latihan atau amalan bagi meningkatkan penguasaan berfikir secara positif sepenuhnya

Objektif

Kursus ini adalah direkacipta berdasarkan pengalaman individu di dalam bidang pengurusan selama lebih sedekad. Ianya bertujuan memberi penerangan secara mudah untuk mencapai tahap pemikiran positif kepada individu atau organisasi yang ingin mengenalpasti dan mempraktiskan pemikiran ini di dalam pekerjaan seharian. Para peserta akan memperlajari perkara – perkara asas seperti:

- Memahami tentang pemikiran positif
- Menghargai kuasa dalaman dan fikiran di dalam setiap individu
- Menukarkan cara berfikir yang lebih berpositif
- Berkebolehan membezakan di antara pemikiran positif dan negatif
- Mengamalkan sikap yang lebih terbuka, berkreatif, berinnovatif dan    berkeyakinan untuk memajukan diri
- Mengenalpasti kaedah untuk penambahbaikan diri dan pasukan yang berterusan
- Mengamalkan sikap bekerjasama dan saling bantu-membantu di antara individu atau kumpulan untuk kemajuan bersama

Konsep Pengajaran

Latihan ini akan dijalankan berkonsepkan suasana yang tidak rasmi, tenang dan ceria. Kaedah ini adalah penting untuk membuatkan para peserta berkeupayaan menenangkan diri dan fikiran dari sebarang tekanan sepanjang tempoh latihan.

Bahan pengajaran berdasarkan kepada penggunaan slide, permainan dan perbincangan akan diseimbangi dengan penggunaan teks latihan.

Permainan akan diberikan kepada para peserta untuk mempamerkan dan mengamalkan kaedah – kaedah yang dipelajari semasa latihan.

Kandungan

Di antara topik – topik yang akan diperbincangkan :
Hari Pertama
8.30 – 0900       Kedatangan para peserta
09.00 – 0.930     Sesi pengenalan diri
09.30 – 10.00     Pengenalan : Pemikiran Positif
-        Apakah itu Pemikiran Positif ?
-        Bagaimana ianya terjadi ?
10.00 – 10.15     Minum pagi
10.15 – 10.30     Pemikiran Positif & Negatif : Apakah Perbezaannya?
10.30 – 11.00     Pemikiran Positif: Mampukah kita melakukannya?
10.00 – 11.30     Adakah selama ini kita berfikiran secara positif?
11.30 – 12.30     Elemen – elemen Penting Untuk Berfikir Secara Positif
12.30 – 14.00     Makan tengahari
14.00 – 15.00     Elemen – elemen Penting Untuk Berfikir Secara Positif
15.00 – 15.15     Minum petang
15.15 – 15.45     Penukaran Kepada Sudut Pandangan Positif
15.45 – 17.00      Latihan Pandangan Positif
17.00                        Tamat Sesi Latihan

Hari Ke-dua

08.30 – 09.00     Kedatangan para peserta
09.00 – 10.00     Latihan Penyelesaian Masalah Secara Pemikiran Positif
10.00 – 10.15     Minum pagi
10.15 – 11.00     Latihan Penyelesaian Masalah Secara Pemikiran Positif
11.00 – 11.15     Langkah Awalan Untuk Penukaran Kata Hati Berpositif
11.15 – 11.30     7 Cadangan Untuk Membina Sikap Positif
11.30 – 12.30     Latihan Penyelesaian Masalah Secara Pemikiran Positif
12.30 – 14.00     Makan tengahari
14.00 – 15.00     Kebaikan & Tip Untuk Pemikiran Positif
15.00 – 15.15     Minum petang
15.15 – 16.15     Kaedah Menangani Perubahan Secara Positif
16.15 – 17.00     Kesimpulan / Sesi soal – jawab
17.00                Tamat sesi latihan

  Kesimpulan

Kesimpulan latihan untuk mengembalikan ingatan kepada perkara – perkara penting yang telah diperlajari

Sesi Soal – Jawab

Sesi perbincangan bersama para peserta

Methodologi

Penggunaan pertunjukan slide, gambaran dan permainan

1. Kumpulan sasar :  Latihan adalah untuk semua peringkat kakitangan / pekerja.

2. Bilangan peserta : 20 - 25 (max)

 3. Subjek : Untuk menerapkan kaedah pemikiran positif secara konsisten bagi menangani masalah – masalah yang timbul di tempat kerja dan kehidupan seharian merangkumi pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

4. Konsep : Menggunakan pelbagai cara seperti penyampaian yang ringkas, padat dan diselang seli dengan permainan dan sebagainya untuk menimbulkan suasana ceria bagi pemahaman yang  lebih mantap.
 
5. Nota : Nota akan diberikan dan pemahaman semasa latihan adalah sangat digalakkan.

    6. Jangkamasa  : 2  hari (16 jam )

7.    Juru-runding Latihan : Kapt Muhd Ismail  Mohd Noor

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat