Pentingkah Ilmu Pelayaran itu ?


Ilmu pelayaran merupakan salah satu dari cabang ilmu duniawi yang menuntut kefahaman jitu dari segi teori dan pratikal untuk mengasah kemahiran secara berterusan dan keseluruhan di dalam melayarkan sebuah kapal yang membawa muatan / kargo dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan yang lain dengan aman dan selamat dari pelbagaian rintangan seperti kemalangan, pelanggaran, tumpahan minyak, kerosakan muatan / kargo dan sebagainya.


Tuntutan pembelajaran ilmu pelayaran secara berperingkat – peringkat mengajar seseorang pelaut itu agar bersikap lebih penyabar, tenang, berfikiran kritikal, berkebolehan membuat keputusan dan mengambil langkah – langkah pembetulan serta pencegahan di dalam menghadapi sebarang situasi yang melibatkan manusia dan harta benda agar sentiasa selamat dan bebas dari sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran, kemalangan dan sebagainya.


Keutamaan keselamatan menjadikan seseorang pelaut itu sentiasa mendisplinkan diri sendiri mematuhi sebarang prosedur, peraturan dan perundangan kapal, syarikat dan badan – badan maritim agar tiada sebarang kemalangan jiwa yang melibatkan dirinya atau pelaut – pelaut lain sepanjang tempoh pelayaran.


Tuntutan perlaksanaan tugasan seharian di atas kapal menjadikan seseorang pelaut itu sentiasa perihatin tentang ketepatan masa dan penyempurnaan dengan peningkatan usaha, kerajinan dan kefahaman.


Pelbagai tekanan kerja dan suasana sekeliling meningkatkan ketahanan mental dan emosi seseorang pelaut itu untuk menerima sebarang rintangan dengan hati yang tenang dan tabah menghadapinya serta berusaha mencari jalan penyelesaian untuk kebaikan bersama.


Tidak dinafikan juga ilmu pelayaran ini akan menebusi emosi seseorang pelaut itu sehingga menjadikannya lebih berperasaan penyayang, saling bantu membantu dan bertolak ansur di dalam pekerjaan seharian sesama pelaut lain.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN