Kepimpinan Yang Cemerlang

Kejayaan di tempat kerja tidak dapat dipisahkan dari kepimpinan. Oleh itu kemahiran menjadi ketua dan memimpin amat penting untuk menentukan sejauh mana seseorang itu berupaya maju di tempat kerjanya. Inilah yang menjadi salah satu faktor yang menghalang individu yang berkelulusan tinggi tidak dapat mengekalkan kecemerlangan mereka apabila sudah bekerja.

Kepimpinan ialah proses di mana seseorang individu mempengaruhi anggota – anggota lain di dalam kumpulannya menghala ke arah pencapaian tujuan dan matlamat kumpulan, jabatan dan organisasi.

Fungsi utama pemimpin adalah mengubal visi dan misi organisasi yang dipimpinnya serta mencipta strategi – strategi bagi mencapainya. Cabaran utama yang mesti dihadapi ialah bagaimana hendak mempengaruhi individu – individu yang dipimpinnya supaya menyokong visi, misi dan strategi – strategi yang telah digubal di dalam menenuhi objektif organisasi.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN