Gelombang emosi

Apakah itu gelombang emosi? Gelombang emosi adalah putaran emosi manusia seperti sedih, gembira, percaya, yakin dan sebagainya yang menyelubungi emosi seseorang ketika menghadapi sesuatu keadaan atau tekanan pada jangkamasa yang pendek atau panjang.

Oleh itu, penulis berpendapat bahawa gelombang ini akan berputar bagaikan sebuah roda di dalam diri setiap manusia dan penulis memanggilnya 'Gelombang Emosi'.

Contohnya, apabila pengurusan sesebuah organisasi itu telah membuat polisi atau garispanduan agar setiap para pekerja mematuhinya bagi penghasilan pencapaian yang terbaik ke arah objektif dan sasaran organisasi. Pada permulaannya, para pekerja percaya kepada pengurusan dengan memberi perkhidmatan yang dikehendaki.

Sepanjang proses perkhidmatan tersebut, para pekerja akan melihat dan merasai perhubungan yang terhasil bagi pemacuan dan kesefahaman bersama. Sekiranya pengurusan bertindak dengan ketelusan dan kebijaksanaan maka gelombang emosi yang bermula dengan kepercayaan akan berputar kepada gembira, cinta, keyakinan dan sebagainya akan menyelubungi emosi para pekerja yang secara tidak langsung menggerakkan diri untuk mencapai yang terbaik dengan tanpa sebarang keraguan dan penentangan.

Namun, sekiranya pihak pengurusan mempamerkan ketidaktelusan dan pelanggaran etika polisi, perhubungan yang hendak dijalinkan akan menjadi hambar. Para pekerja melihat dengan penuh kebencian dan penyesalan. Gelombang emosi yang bermula dengan kepercayaan akan berputar kepada benci, hilang keyakinan, sedih dan sebagainya maka secara tidak langsung pencapaian mereka menurun dan sebarang arahan akan berhadapan tentangan.

Konsep Gelombang emosi ini juga merangkumi pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh makhluk yang bergelar manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN