Dimanakah kedudukanku ?

Aku membisu. Aku mendiam. Aku termenung. Aku mencari. Pergerakanku terhenti. Fikiranku jauh menjunam. Membelah dan mencari. Berterusan dan terus berterusan. Jauh menikam ke dalam. Jauh melayang ke langit tinggi bagai menuju ke angkasa luas. Aku tercari-cari, berterusan mencari. Penulisanku terkaku. Pemahamanku tercabar. Kejujuranku diuji. Aku bagai dipukul ombak yang tiada tahu dari mana arahnya. Menghentam dan menghempas bertalu-talu.

Aku tenggelam seketika. Tiada menduga menerima pukulan yang tiada dijangka. Kejujuranku, kesabaranku dan kefahamanku dihentak sesuka hati. Aku membangun diri dengan kudrat yang hanya tinggal sisa. Aku membela dan berjuang untuk kebenaran bukan kemenangan. Tanganku, kakiku, hatiku terketar menerima pukulan sedemikian. Aku berterusan membela jasadku, diriku untuk yang benar dan terbenar. Akhirnya berkesudahan dengan kepiluan bersarang dihatiku. Namun, aku terima seandainya ianya untukku. Untuk mencubaku, mendugaku. Pukulan hebat akhirnya meninggalkan kesan pada badanku yang tiada menerima seadanya. Terkeluarlah apa yang tersimpan di dalamnya. Aku riba seketika. Sayup pendengaranku berjalan pergi. Fikiranku terhenti. Hatiku terjerit menjerit memperkuatkan tenaga yang tersisa.

Aku termenung. Aku pasrah akan apa yang mendatang dan terdatang. Aku hanya insan kerdil menumpang hidup di dunia ini. Perjalananku masih jauh kehadapan. Banyak lagi yang perlu dan akan ditempuh. Bangunlah, berdirilah, berjalanlah bersamaku.......

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN