Dimanakah cahaya ?

Penat berjalan, terhuyung-hayang, longlai kaki bergerak, setapak demi setapak namun cahaya pengharapan masih jauh nun di hujung ufuk. Bersinar indah terang menyuluh bagai menggamit mari kemari. Sejauh berjalan bagai semakin jauh ia kedepan. Sudah berhari-hari, sudah berminggu-minggu, sudah berbulan-bulan, sudah bertahun-tahun, bergerak dan bergerak mengharungi kegelapan mencuba mencapai cahaya sinar bersinar namun tiada juga kesudahannya.

Kepenatan menyelubungi jiwa, menekan hati ke arah kekesalan, membawa kekecewaan singgah mencuba bersarang. Menimbulkan keraguan, menimbulkan persoalan, menampakkan kegagalan dihadapan mata. Melemahkan badan agar kaki tangan turut terasa melambatkan perjalanan, menghentikan pengharapan.

Namun....terlupanya kita cahaya pengharapan bersama kita. Turut merasai kesakitan, kepenatan, kekecewaan yang dirasai kita. Namun kita tidak sudi mengenalinya, membongkar rahsianya, membenrkan ia keluar menyelubungi perjalanan kita, memimpin kita kearah perjalanan yang benar lagi membenarkan.

Namun kita sombong, bongkar, angkuh dengan kepandaian kita, kecerdikan kita, kekuatan kita. Perjalanan yang dipilih berbelit-belit, berduri onak namun masih berdegil tiada mahu mengenalinya, kembali ke jalannya.

Renungilah.......

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN