Benarkah kita melihat ?

Benarkah kita melihat apa yang dilihat? Atau hendak melihat apa yang mahu dilihat? Atau melihat yang terlihat saja? Atau melihat apa yang tiada terlihat? Melihatlah dengan segala kelengkapan yang telah diberi. Melihatlah segala yang ada, terada, diada sebelum tiada terlihat selamanya. Rugi seandainya kemudahan diberi tiada digunakan, dipaktiskan, dipakaikan untuk tujuan pemahaman, keyakinan, penyerahan dan kesedaran.

Melihatlah apa yang ada, dihadapan, dibelakang, dikanan, dikiri dan semuanya dengan keinsafan dan kesedaran. Melihat dengan penyerahan dan kesedaran akan bertambahlah penglihatan akan apa yang terada setelah ditiadakan, dihalangkan dan dihilangkan. Akan terpancarlah penglihatan melihat dan berterusan melihat rahsia - rahsia apa yang tersimpan, tersembunyi dari pandangan sebelum agar meningkatlah pemahaman dan kesedaran akan perkara-perkara yang tiada kepada ada, terada dan diadakan.

Melihatlah dengan kesungguhan, keyakinan agar perjalanan hidup akan berisi dan bertambah kelengkapan dan kesempurnaan sebelum pergerakan ini terhenti.

Melihatlah....

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN