Benarkah kita boleh memimpin?

Benarkah kita boleh memimpin? Kearah dan tujuan manakah kita memimpin? Apakah kelengkapan dan persediaan sudah sedia, tersedia untuk memimpin? Setiap orang boleh memimpin namun bagaimanakah ia harus dijalankan, dilaksanakan ? Anggota badan yang dipimpin tiada menjerit, tiada menolak, tiada membangkang mengikuti, menuruti kemahuan, kehendak kita menjalani jalan yang dipilih, yang terpilih walaupun ianya salah, tersalah, merugikan.

Kita berterusan menjalani jalan kita. Tanpa mengenangkan keluhan, pengorbanan anggota badan memenuhi keperluan kita tanpa banyak persoalannya. Kita mungkin terlupa di saat memimpin bahawa apa yang pada kita hanya pinjaman semata - mata. Bukan milik kita. Seharusnya kita sedar dan tersedar bahawa pinjaman ini tiada kekalnya akan kembali keasalnya. Kepemimpinan kita kelak akan dipersoalkan, dipertanggungjawabkan. Setiap yang memimpin akan dipertanyakan kepemimpinannya.

Fikirkanlah....

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN