Pemimpin yang dipimpin

Sebenarnya kita sudah tersedia sebagai pemimpin dikala dari kecil lagi kita mula belajar, diajar memimpin diri ini untuk menggerakkan segala anggota badan untuk mula melangkah permulaan ke dalam perjalanan ini. Kejayaan demi kejayaan dicapai, diperolehi berkat kesabaran dan kesanggupan bangun memperbetulkan, memperelokkan langkah dan pergerakan sehingga kita berkebolehan, kemampuan bergerak dan tergerak sendirian memimpin pergerakan badan kita dari teragak - agak hingga berkeyakinan berjalan dan berlari mencapai maksud dan kehendak diri.

Perjalanan kepimpinan ini diteruskan jua untuk berterusan bergerak mengharungi kehidupan ini untuk mengenal, mencapai kemajuan diri. Kematangan kepimpinan ini membolehkan kita berterusan bergerak menepiskan rintangan dan halangan tanpa terasa, merasa kejanggalan dan keraguan. Ahirnya pergerakan segala anggota badan terhasil, menghasil, terangsang, merangsang terhadap pelbagai kejadian suasana yang menyinggah dan tersinggah di dalam kehidupan tanpa sebarang keberatan dan kekalutan. Semuanya bergerak serata, senada, selancar tanpa kerumitan.

Apabila kita berkeluarga, mempunyai kewajiban, maka kita perturunkan, melaksanakan kepimpinan yang telah matap membawa, memimpin keluarga kita, sahabat kita, rakan - rakan kita menempuhi, meredah liku - liku perjalanan kehidupan ini. Maka bertambah dan bertambahlah kemajuan kepimpinan kita disamping kita memperelokkan lagi pergerakannya agar berterusan lancar melalui pelbagai pekerjaan, urusan dan permasalahan.

Maka, janganlah menolak, menafi, menidak kemampuan, kebolehan kita sebagai pemimpin. Mungkin cara dan penghakiman kita berbeza dengan yang lain di dalam mengatur, menyusun pergerakan untuk mencapai kemajuan dan kejayaan di dalam kehidupan ini.

Kita adalah pemimpin yang dipimpin dan terpimpin.....

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN