Sedarkah kita ?

Sedarkah kita sudah sesaat berlalu sepi tanpa halangan, tanpa kelewatan ?
Sedarkah kita sudah sesaat beredar tanpa membawa kebaikan yang terbaik diusahakan kita ? Sedarkah kita sudah sesaat hilang dan berterus menghilang tanpa sempat kita mencapai, tercapai kesungguhan kita membuah kebaikan dan keuntungan ?
Sedarkah kita sudah sesaat kita kerugian sekiranya pergi tanpa hasil yang menguntungkan ?
Sedarkah kita sudah sesaat ia lenyap dan melenyap membawa catatan sejarah yang mengisahkan kehidupan kita ?
Sedarkah kita atau kita merasa, terasa, terlupa, berpura - pura terlupa atau alasannya masih banyak lagi sesaat yang lain ?
Sedarkah kita setiap sesaat itu penting, amat terpenting di dalam merancang perjalanan kehidupan ini ?
Sedarkah kita setiap sesaat itu akan dipertanggungjawabkan menjadi saksi perbuatan, perlaksanaan, perjalanan kita ?
Sedarkah kita akan menyesal, tersesal hati dipukul keresahan akibat kehilangan sesaat tanpa hasil yang terbaik dari kita ?
Sedarkah kita pemergian sesaat menandakan perjalanan kehidupan yang berliku, terliku ini sudah sesaat menghampiri perhentiannya ?
Sedarkah kita tiada pergantian dan pertukaran sesaat dengan sesaat yang kerana tiada mungkinnya ?

Fikirkanlah.........

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN