Air Berkarbonat SUCO


 
Masih segar diingatan bagaimana aku dan sahabatku, Zamri melibatkan diri dengan air berkarbonat 'SUCO' yang telah membuka pintu perniagaan di dalam  bidang ini  untuk diterokai sekitar tahun awalan 2000 termasuk pembeliannya, pemjualannya,  pemasarannya,  pengiklanannya sehingga ke komunikasinya bersama pelanggannya atau penjualnya. 
Kami memulakan penjualan promosi pertamanya di pasar malam Taman Tun Sardon dan sejak itu kami berterusan setiap petang hingga ke tengah malam menjualnya di semua pasar malam di dalam Pulau Pinang. Walaupun kepenatan bekerja di siang hari dan berterusan menyambung mempromosikan SUCO dimalam hari, dari pemunggahan naik turunnya ke dalam van hingga ke penjualannya sememangnya amat meletihkan, namun aku tetap berusaha untuk memajukan dan menaikkan namanya di dalam pasaran tempatan meskipun tidak setanding dengan  minuman berkarbonat yang telah maju dan terkenal dipasaran. 
 
Aku tersenyum apabila mengenangkan bagaimana kami diherdik, dikutuk dan dihalau ketika proses penjualan dan promosinya sekitar pasar - pasar malam, kedai - kedai runcit, kedai - kedai makan dan orang perserorangan yang berminat untuk menjadi agennya. Tidak kurang juga kata - kata cemuhan dan penjauhan diri oleh sanak saudara dan kawan - kawan yang beranggapan aku kehilangan pekerjaan kerana saban hari mukaku hanya ditemui  di pasar malam.  
 
Van buruk kami yang sentiasa sendat dengan karton - karton berisi air minuman SUCO,  menderum ke sana ke mari hingga ke Perlis untuk mempromosikan SUCO.  Kekadang kami berulang alik ke Selangor untuk menambahkan stoknya. Pengiklanan gambar berwarna yang seperti diatas adalah nukilan idea kami berdua di dalam usaha penyebaran SUCO sekitar wilayah utara semenanjung.
 
Akhirnya SUCO mendapat pasarannya tersendiri dan penjualannya mulai meningkat seharian dan permintaan stok dari pelbagai pihak mulai kami terima tanpa henti - henti sehinggakan kami tidak mampu lagi untuk menjualnya di pasar malam. Kami teruja melihat aliran wang tunai yang hamper mencecah ribuan ringgit. Kami mulai menukar strategi perniagaan dengan menambah bilangan agen di sekitar wilayah utara dan berusaha memberi peluang perniagaan ini kepada mereka yang berminat. 
 
Kami mulai berkira - kira untuk membuka pejabat kami di Ayer Hitam Pulau Pinang dan menggaji beberapa orang pekerja untuk mengembangkan lagi perniagaan ini. Namun akibat kesibukan pekerjaan lain yang semakin meningkat dan memerlukan komitmen yang maksima maka perniagaan air minuman berkarbonat SUCO ini aku serahkan sepenuhnya pada Zamri untuk menguruskan  sendirian perjalanan perniagaan ini atau bersama dengan rakan kongsinya yang baru.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN