Sedarlah kita setiap perbuatan, percakapan, penafian, pengakuan ada pembalasannya. Tiada kekurangan tiada berlebihan. Setimpal dengan apa yang diperbuatkan, dilakukan, dikatakan, dinafikan. Hanya menanti dan ternanti masanya berkunjung tiba. Sesungguhnya bukan masa menunggu kita sebalik kita yang ternanti - nanti akannya.
Sedarlah kita perjalanan hidup hanyalah sementara, hanya pinjaman semata - mata. Diakhir perjalanan nanti kita akan terhenti semuanya. Tiada lagi pengunduran, tiada lagi pengeluhan, tiada lagi penyesalan, tiada lagi kepenatan, tiada lagi kesakitan. Tiada lagi kelukaan.
Sedarlah kita kelak tiada kesempatan, tiada peluang, tiada ruang untuk kembali memperbetulkan keadaan, kecacatan, kelukaan yang telah dilakukan. Penafian demi penafian kelak tiada ruang untuk diperelokkan. Kelak akan menangislah kita, menyesallah kita mengenangi perbuatan, tindakan kita mulai menjelma, melabuh diruang mata dan minda kita.
Oleh itu, sedarlah kita sebelum lambat tersedar akan kesempatan yang semakin mengecil dan berterusan menghilang....
18 November 2008
Rendahkanlah diri
Siapa yang sudi mengakui kesilapan diri? Siapa yang mahu menerima kesalahan diri? Siapa yang sanggup menolak kebohongan walapun sedar dan tersedar kecacatan, keburukan, kelemahan diri? Sanggup bertegas, bersaing, berbalah, bertengkar menegakkan 'kebenaran', 'kehebatan', ' ketinggian' diri. Benarkah apa yang ditegakkan ? Benarkah apa yang diperdebatkan ? Benarkah ia atau sengaja kita mem'benar'kan apa yang tiada benarnya.
Sememangnya pedih, pahit menerima ejekan, herdikan, cacian apabila kita menerima kesalahan, kelemahan diri namun itulah 'kemanisan' kemenangan, kejayaan kita berkata benar dan berbenarkan benar. Tiada salah, tiada rugi merendah diri mengakui kelemahan, ketidaksempurnaan diri walaupun diri ini dalam diam - diam berisi, penuh ilmuan di dada. Kita nampak, melihat jauh ke hadapan walau yang lain boleh melihat namun 'buta' seadanya.
Oleh itu, jangan berduka, berluka apabila terasa, merasa perlu merendah diri......

09 November 2008
Pemimpin yang dipimpin
Sebenarnya kita sudah tersedia sebagai pemimpin dikala dari kecil lagi kita mula belajar, diajar memimpin diri ini untuk menggerakkan segala anggota badan untuk mula melangkah permulaan ke dalam perjalanan ini. Kejayaan demi kejayaan dicapai, diperolehi berkat kesabaran dan kesanggupan bangun memperbetulkan, memperelokkan langkah dan pergerakan sehingga kita berkebolehan, kemampuan bergerak dan tergerak sendirian memimpin pergerakan badan kita dari teragak - agak hingga berkeyakinan berjalan dan berlari mencapai maksud dan kehendak diri.
Perjalanan kepimpinan ini diteruskan jua untuk berterusan bergerak mengharungi kehidupan ini untuk mengenal, mencapai kemajuan diri. Kematangan kepimpinan ini membolehkan kita berterusan bergerak menepiskan rintangan dan halangan tanpa terasa, merasa kejanggalan dan keraguan. Ahirnya pergerakan segala anggota badan terhasil, menghasil, terangsang, merangsang terhadap pelbagai kejadian suasana yang menyinggah dan tersinggah di dalam kehidupan tanpa sebarang keberatan dan kekalutan. Semuanya bergerak serata, senada, selancar tanpa kerumitan.
Apabila kita berkeluarga, mempunyai kewajiban, maka kita perturunkan, melaksanakan kepimpinan yang telah matap membawa, memimpin keluarga kita, sahabat kita, rakan - rakan kita menempuhi, meredah liku - liku perjalanan kehidupan ini. Maka bertambah dan bertambahlah kemajuan kepimpinan kita disamping kita memperelokkan lagi pergerakannya agar berterusan lancar melalui pelbagai pekerjaan, urusan dan permasalahan.
Maka, janganlah menolak, menafi, menidak kemampuan, kebolehan kita sebagai pemimpin. Mungkin cara dan penghakiman kita berbeza dengan yang lain di dalam mengatur, menyusun pergerakan untuk mencapai kemajuan dan kejayaan di dalam kehidupan ini.
Kita adalah pemimpin yang dipimpin dan terpimpin.....

Subscribe to:
Posts (Atom)