Pekerjaan Itu Satu Amanah
Puan,
Saya
tertarik dengan kisah topik 'Badan di pejabat, hati di rumah' oleh puan di
dalam Utusan Malaysia bertarikh pada 18hb Ogos 2008. Sememangnya itulah sikap
dan tabiat manusia tanpa mengira usia dan jantina akan mengambil kesempatan di
dalam situasi begini untuk membereskan atau melakukan pekerjaan yang lain yang
kekadang melambatkan atau tiada berkaitan langsung dengan kerja yang sedang
dilakukan. Sesungguhnya perlakuan ini terjadi disebabkan tiada pemahaman atau
kesedaran di dalam diri mereka tentang pekerjaan itu merupakan suatu amanah
yang bukan perlu atau suka hati untuk diselesaikan tapi dimestikan
menyelesaikannya di dalam tempoh masa bekerja.
Tiada
timbul permasalahan tuduh - menuduh atau menang - kalah di dalam diri semua
orang seandainya kita benar - benar menyedari akibat dari perbuatan kita yang
tidak mengamalkan sikap amanah. Kupasan mengenai akibat ini terlalu mendalam
untuk diperbincangkan di sini maka seeloknya kita cuba memahami akan maksud
amanah itu sendiri. Sesungguhnya sikap ini perlu diamalkan di mana jua kita
berada baik di luar atau di dalam pejabat ataupun di rumah.
Benar
kata puan bahawa isu ini serius namun ramai yang terlepas pandang tapi
seandainya kita memahami kesan dari kesilapan perlakuan atau perbuatan ini yang
tersimpang jauh dari perlaksanaan tugasan harian kita dan dimana kita akan
dipertanggungjawabkan sepenuhnya, kita akan mencuba sedaya upaya untuk kembali
ke pangkal perjalanan secara merangkak, berjalan dan berlari. Kita akan mecuba
yang baik dan yang terbaik di untuk menjalankan atau melaksanakan setiap
tugasan kita tanpa mengira yang kecil, besar, senang atau susah. Sebaliknya
kita akan berusaha sedaya mungkin untuk menolong dan membantu kawan sepejabat
dan ahli keluarga di dalam menghasilkan pekerjaan yang baik dan terbaik.
Sesunggunya
tiada peralatan untuk menarik, melambat, mengembali masa kerana ianya tetap
bergerak pantas ke hadapan tanpa memperdulikan kita yang masih terumbang -
umbing dibuai ombak melakukan pekerjaan sedemikian rupa. Oleh itu, marilah kita
semua kembali memperbetulkan kesilapan dan melakukan yang baik dan terbaik di
dalam apa jua pekerjaan kita.
Sekian,
terima kasih
Capt
Muhd Ismail Mohd Noor
Comments