Pekerjaan Itu Satu Amanah
Puan, Saya tertarik dengan kisah topik 'Badan di pejabat, hati di rumah' oleh puan di dalam Utusan Malaysia bertarikh pada 18hb Ogos 2008. Sememangnya itulah sikap dan tabiat manusia tanpa mengira usia dan jantina akan mengambil kesempatan di dalam situasi begini untuk membereskan atau melakukan pekerjaan yang lain yang kekadang melambatkan atau tiada berkaitan langsung dengan kerja yang sedang dilakukan. Sesungguhnya perlakuan ini terjadi disebabkan tiada pemahaman atau kesedaran di dalam diri mereka tentang pekerjaan itu merupakan suatu amanah yang bukan perlu atau suka hati untuk diselesaikan tapi dimestikan menyelesaikannya di dalam tempoh masa bekerja. Tiada timbul permasalahan tuduh - menuduh atau menang - kalah di dalam diri semua orang seandainya kita benar - benar menyedari akibat dari perbuatan kita yang tidak mengamalkan sikap amanah. Kupasan mengenai akibat ini terlalu mendalam untuk diperbincangkan di sini maka seeloknya kita cuba memahami akan maksud ama...