UCAPAN PRESIDEN PERSATUAN PEGAWAI - PEGAWAI KANAN PENANG PORT UNTUK AGM KE 55
Tuan – tuan& puan – puan sekalian,
Assalammualaikum WB & salam sejahtera, Selamat
Hari Raya Maaf Zahir & Batin
Pada 21hb Februari 2013 yang lalu, Barisan Exco SOA
berpeluang mengadakan sesi perjumpaan dengan pihak Kementerian Kewangan yang
diwakili oleh Yang Bhg. Dato’ Dr Mohd
Isa Hussian, Timbalan Setiausaha, Bahagian MKD & Penswastaan dan wakil
Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd untuk membincangkan isu – isu berkaitan pengambilalihan Penang
Port. Diawal perjumpaan tersebut, saya ditanya oleh Dato’ Dr Isa berapakah
jumlah ahli SOA dan beliau agak
terkejut dengan jumlah kita sebanyak 137 orang sahaja dimana jangkaannya adalah
sebanyak 1,300 orang. Namun, saya menegaskan biarpun jumlahnya kecil tapi berkualiti, berkemahiran dan setia melaksanakan
pelbagai perancangan strategik syarikat selama ini tanpa sebarang bantahan atau
demostrasi. Sememangnya kita mengalu – alukan pengswastaan oleh pihak Seaport dan
bersedia untuk berterusan memperkasakan ilmu dan kemahiran untuk mencapai
kejayaan yang lebih dominan bagi menaikkan Penang Port sebagai pelabuhan unggul
bertaraf antarabangsa.
Tuan
– tuan dan puan – puan yang dihormati sekalian,
Lanjutan
dari perjumpaan tersebut, kami juga memperbincangkan pelbagai isu seperti berikut:
1) Perkenalan diantara barisan Exco Persatuan Pegawai
- Pegawai Penang Port, pihak MOF dan Seaport Terminal untuk perjalinan
perhubungan yang lebih terbuka
2) Isu Pengswastaan
3) Hala tuju Penang Port
4) Pembayaran bonus/intensif
5) Perancangan MOF terhadap pekerja Penang Port
6) Lain - lain isu / perkara yang mungkin ingin
dikemukakan dan diperbincangkan oleh barisan Exco SOA
Oleh itu, rumusannya dari perjumpaan ini adalah
pengswastaan Penang Port tetap akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan walaupun
tiada kepastian tarikh sebenar pengambilalihannya. Pihak Seaport menyatakan
bahawa hala tuju syarikat dan sebagainya adalah lebih sesuai untuk
diperbincangkan selepas pengambilalihan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan
yang mungkin timbul.
Disamping itu, pihak Seaport menyakinkan bahawa warga Penang
Port akan terus menikmati gaji dan manfaat sediada termasuk gratuiti dan
sebagainya. Oleh yang demikian, warga Penang Port tidak harus gusar dan bimbang akan proses
pengswastaan ini.
Lanjutan dari itu, saya juga ingin sampaikan pesanan
Dato’ Dr Mohd Isa kepada semua pegawai – pegawai Penang Port yang dikirimkan
melalui emel pada hari Rabu, 22hb Ogos 2013 yang berbunyi seperti berikut:
‘Pertama, harap semua peg dapat memberi sokongan padu kpd new
shareholders. Kedua, semua pegawai perlu komited dan tunjukkan amalan high
performace corporate culture didalam sykt demi kebaikan bersama. Tqvm’
Tuan – tuan& puan – puan sekalian,
Untuk menjamin kebajikan ahli dan warga Penang Port
secara keseluruhannya sentiasa terperlihara seperti pemberian bonus, intensif,
kenaikan gaji dan sebagainya, pelbagai
usaha telah dilaksanakan termasuk perjumpaan serampang dua mata dengan pelbagai
pihak termasuk pihak PERKASA , Yg Bhg Tan Sri Nor Mohamed Yackob dan penyerahan
tangan akan surat rasmi SOA kepada YAB Perdana Menteri Malaysia menerusi Yg Bhg
Tan Sri Mohamed Yackob. Adalah diyakini
agar suara kebajikan SOA ini akan menjadi besar dan mendapat perhatian
sewajarnya dari semua pihak yang berkenaan terutamanya pihak – pihak luar yang
cuba mempolitikkan isu Penang Port selama ini.
Tuan – tuan& puan – puan sekalian,
Walaupun sudah kepastian pengswastaan tetap akan
berlaku walaupun tidak diketahui tarikh rasminya pengambilan tersebut, pihak
Barisan Exco SOA tetap menjalankan akitiviti – akitiviti yang telah dirancang termasuk
perbincangan perjanjian bersama bagi tempoh 2013 – 2015 yang telah hampir
selesai untuk dimuktamadkan.
Namun, saya dan semua Barisan Exco SOA ingin memohon
maaf kerana tidak berkesempatan untuk menjalankan aktiviti – aktiviti tahunan
SOA yang lain kerana rempuhan pelbagai
faktor yang tidak dapat dielakkan seperti pilihanraya dan sebagainya.
Namun, diharapkan perlantikan baru Barisan Exco SOA
akan berkesempatan untuk menjalankan perancangan makan malam SOA di dalam tahun
ini juga kerana diyakini tiada lagi faktor luaran yang akan mengganggu
perancangan tersebut.
Tuan – tuan& puan – puan sekelian,
Hari ini adalah hari pemilihan Barisan Exco SOA yang
baru untuk meneruskan tradisi perjuangan SOA seterusnya dan yang paling utama
ialah di dalam menempuh cabaran pengswastaan dan pengurusan baru. Dengan ini,
saya menyeru semua ahli – ahli agar berfikirlah sejenak dan bertindaklah dengan kebijaksanaan di dalam
memilih calon – calon yang benar – benar berkelayakan dan komited sahaja untuk
menjalankan amanah yang diberikan.
Dengan ini juga saya mengucapkan jutaan terima pada Barisan
Exco SOA yang sentiasa berusaha membuat yang terbaik terutamanya Puan Sabariah
dan Puan Mahani yang telah banyak membantu dan menyokong perjalanan SOA selama
ini serta penyediaan dokumentasi yang kemas yang telah memuaskan hati pihak
Jabatan Kesatuan Wilayah Utara.
Kami ingin memohon maaf pada semua ahli sekiranya
terdapat sebarang kesilapan atau kegagalan kami di dalam menjalankan tugasan
ini kerana sesungguhnya kami bergerak diatas suara majoriti bukannya suara
individu yang berkepentingan diri. Saya
juga ingin menyeru pada semua ahli – ahli agar bersatu dan marilah bersama di
dalam menempuh pelbagai isu yang bakal mendatang terutamanya isu pengswastaan.
Dengan lafaz, Bismillahirahmannirahim saya merasmikan
mesyuarat agung SOA yang Ke-55 ini.
Comments