Bahasa Sanskrit
Dalam analisis acheolinguaogy, bahasa Sanskrit perlu ditelusuri juga dengan alasan Sanskrit adalah bahasa kuno yang pernah dipakai oleh rumpun bangsa Arya. Arya adalah anak keturunan Yafits Bin Nuh. Yafits adalah nenek moyang bangsa Yakjuj Makjuj.
Bahasa Sanskrit adalah salah satu bahasa Indo Eropah paling tua yang masih diketahui dan mempunyai sejarah yang paling panjang. Bahasa yang dapat menandingi bahasa ini adalah dari rumpun yang sama iaitu Hitit. Sanskrit membawa maksud sempurna. Berlawanan dengan bahasa Prakerta yang bermaksud bahasa rakyat, ia adalah bahasa klasik India dimana ia juga adalah bahasa upacara agama Hindu, Buddhisme dan Jainisme serta salah satu dari 23 bahasa rasmi India.
Bahasa ini juga mendapat status yang sama di Nepal.
Kedudukannya di dalam kebudayaan Asia Tenggara dan Selatan mirip bahasa Latin dan Yunani di Eropah. Ianya berkembang menjadi bahasa moden di rantau benua India dalam bentuk pra klasik bahasa Weda. Bahasa yang terkandung dalam kitab Rig Veda atau Weda adalah yang tertua dan paling arkaik.
Ianya dianggarkan berusia 1700 SM dimana ia adalah bahasa Indo-Arya yang paling tua ditemui dari salah satu rumpun bahasa Indo-Eropah yang tertua.

Comments