Good Morning, Customer Sevices Can I help you?

Selalunya itulah ungkapan yang sering kita dengar apabila kita membuat panggilan pada sesebuah organisasi untuk produk atau perkhidmatan yang digunakan. Sememangnyalah amat payah untuk melayani kehendak pelanggan yang datang bertubi - tubi merangkumi pelbagaian masalah yang kecil mahupun yang besar.  Namun itulah hasilnya yang semestinya dijangkakan apabila sesebuah organisasi itu menawarkan sesuatu produk atau perkhidmatan kepada para pelanggan yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan sebagainya.

Penafian atau penolakan untuk menerima sebarang kehendak atau hak pelanggan merupakan salah satu pintu kesilapan dimana ianya mengakibatkan kerugian yang tidak disangka - sangkakan. Jika sekadar ungkapan pemanis diawalan belum tentu dipertengahan atau diakhirnya akan ditamatkan dengan kepuasanhati kerana keputusan pengakhiran yang sepertimana yang dikehendaki oleh sesebuah organisasi dan aturannya dilaksanakan oleh para pekerja mengikut proses rencahnya.

Dimanakah pengakhirannya terhadap hak pelanggan di dalam mendapat layanan perkhidmatan pelanggan?  Tidak dinafikan juga ada organisasi yang menghala kearah kecemerlangan perkhidmatan pelanggan di dalam usaha memenuhi kehendak dan kepuasanhati pelanggan serta sentiasa melaksanakan sistem penambahbaikan secara berterusan.

Setiap pekerja perlu memahami sedalamnya akan maksud konsep pelanggan itu kerana sekadar mengetahui tanpa memahami akan meletak sikap pekerja ditahap hanya menjalankan tugasan yang diberi bersertakan nilai - nilai kemanusiaan yang kosong. Sesungguhnya para pekerja dibayar gaji oleh majikan untuk memberi perkhidmatan pelanggan yang terbaik kerana individu atau kumpulan tidak mampu melaksanakan semuanya di dalam sesuatu masa melainkan mengagihkan kuasa kepada para pekerja yang dirasakan atau dilantik untuk melaksanakan sesuatu tugasan itu sebaiknya.

Namun para pekerja yang kurang mahir atau tidak mengerti akan pengagihan ini sebenarnya  telah tidak melaksanakan sepenuh jiwa melainkan sekadar kerja bersandarkan upah semata - mata sahaja. Penghasilan inilah yang telah menimbulkan banyak perspektif negatif  yang tidak sepatutnya wujud dimana imej dan kreditibiliti sebuah organisasi itu tercalar dan keuntungannya mulai terjejas. Maka pihak yang berwajib merasakan adalah perlu untuk mengasah keilmuan para pekerja dengan pengendalian kursus atau latihan serta proses sistem yang sentiasa dipindah, pantau dan penambahbaikan u tuk mencapai kemantapan di dalam perkhidmatan pelanggan.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat