Pasar Chowrasta atau Chowrasta Market adalah salah satu pasar yang terkenal di Georgetown, Pulau Pinang dimana ianya berasal dari Bahasa Hindi iaitu chowk yang bemaksud Pasar Jalanan. Pasar Chowrasta bersempadan dengan Penang Road, Jalan Chowrasta, Jalan Kuala Kangsar dan Tamil Street. Ianya diasaskan oleh kaum Tamil. Pada pertengahan abad ke-19 kawasan sekitar Pasar Chowrasta merupakan sebuah penempatan bagi etnik Tamil dari Tamil Nadu, India Selatan. Malah, keseluruhan bandar Georgetown dari Jalan Pasar ke Lebuh Chulia dan sehingga Jalan Penangdan Jalan Transfer merupakan penempatan kaum India. Tetapi, lama-kelamaan penempatan kaum ini mengecil. Bangunan pasaran kekal yang pertama telah didirikan oleh Pesuruhjaya Majlis Perbandaran George Town - pelopor Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP - dalam tahun 1890, pada kos $ 16.471. Struktur tersebut kekal tidak berubah sehingga tahun 1960. Pada tahun 1961, pasar lama telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada struktur baru ini, yan