Apa sumbangan kita?
'Boikot??......bukan tak boleh buat......bolehhhh......saja malas......hidup terganggu......lagipun kalau seorang dua boikot......tak jalan punya...atau.....seorang dua tak boikot.....takda apa2.......lagipun itu masalah orang lain..malas nak fikir la....'.itulah antara ribuan ungkapan manusia2 yang tiada punyai perasaan hati kecil yang jauh nun dalam jiwa mereka yang terkunci rapat. Sikap mereka2 inilah yang banyak menggagalkan pelbagai perancangan untuk kebaikan umat manusia. Kita hidup diatas dunia nie tiada bersendirian. Kita diwajibkan berkongsi secara bertolak ansur. Kita hidup udara yg sama. Tiada lebih tiada kurang...20.9%. Itulah kehebatanNya kita dibekalkan dengan kandungan yg sama untuk bernyawa. Kita semua menghirup melalui proses yang sama iaitu melalui hidung. Tiada manusia yang melakukannya dengan cara yang lain. Kita bergerak ke sana ke mari dengan pergerakan kaki yang taat dan sentiasa maju kehadapan. Adakah mana2 manusia yang bergerak kebelakang diatas muka bumi ini? Jadi mengapa kita mesti sombong dan pentingkan diri sendiri? Kalau mahu hidup sendiri2 tanpa gangguan atau tidak perlu bekerjasama, silakan cari dunia lain kerana bumi ini adalah milik semua manusia dan harus berkongsi bersama2 makhluk lain. Sekarang ada manusia yang perlukan pertolongan kerana kegilaan manusia. Maka wajib atas manusia lain mencari penyelesaian yang terbaik untuk semua manusia. Salah satu jalannya ialah dengan kempen boikot. Jadi mengapa perlu beralas? Apakata kalau terkena batang hidung sendiri? Apa kekayaan dan status boleh membantu? Terlupakah kita dimasa zaman perang Jepun dahulu, satu beg penuh wang tiada maknanya. Kemahiran diri adalah yang paling berharga untuk meneruskan hidup. Jadi mengapa perlu sombong?
Comments