Pendakianku ke Gua Hira
Gua Hira adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.
Gunung ini terletak sekitar enam kilometer sebelah utara Masjidil Haram. Sekitar lima meter dari puncak gunung, terdapat sebuah lubang kecil. Itulah yang disebut Gua Hira, di mana Nabi Muhammad Saw mendapat wahyu pertamanya. Gua Hira terletak di Mekah, Arab Saudi. Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walaupun Bukit Nur atau Jabal al-Nour tidaklah terlalu tinggi.
Sedangkan tinggi puncak Jabal Nur kira-kira dua ratus meter, di sekelilingnya terdapat sejumlah gunung, batu bukit dan jurang. Letak Gua Hira di belakang dua batu raksasa yang sangat dalam dan sempit dengan ketinggian sekitar dua meter. Di bagian ujung kanan gua terdapat lubang kecil yang dapat dipergunakan untuk memandang kawasan bukit dan gunung arah Mekah. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.
Untuk menuju puncak gunung, seseorang secara puratanya memerlukan selama satu jam pendakian bahkan lebih sekiranya bermula dari dasar gunung. Pendakiannya agak curam dan berliku - liku. Mujur adanya usaha pihak tertentu yang mengutip dana untuk mengadakan titian tangga sepanjang pendakian. Tempat istirehat atau kawasan lapang dan mendatar diadakan selang beberapa puluh meter agar peziarah dapat melepaskan kepenatan mendaki.
Aku meneruskan pendakian dengan beberapa perhentian untuk menghilangkan kepenatan dan merakamkan gambar. Terasa tekak teramat kering dan perit sehingga tidak mampu untuk menelan air liur kerana aku tidak tahu akan keperluan membawa air minuman. Didalam susana kepenatan dan keperitan ini, aku hampir - hampir untuk menghentikan pendakian namun hati kecilku berterusan memujuk agar diteruskan pendakian ini yang mungkin sekali di dalam kehidupan. Aku pasrah. Aku teruskan pendakian dengan kepenatan yang amat sangat.

Setelah hilang kepenatan dan puas merakam beberapa keping gambar serta menikmati pemandangan, aku menyusul turun dan sekali lagi kedua belah lututku digunakan sepenuhnya untuk menahan penurunan yang agak mencuram laju.
Akhirnya aku sampai di kaki gunung lebih kurang 30 minit penurunan dan disambut oleh Ustaz Azmi dengan penyediaan air yang aku minum sepuas - puasnya bagi menghilangkan kedahagaan yang teramat sangat.

Sedangkan tinggi puncak Jabal Nur kira-kira dua ratus meter, di sekelilingnya terdapat sejumlah gunung, batu bukit dan jurang. Letak Gua Hira di belakang dua batu raksasa yang sangat dalam dan sempit dengan ketinggian sekitar dua meter. Di bagian ujung kanan gua terdapat lubang kecil yang dapat dipergunakan untuk memandang kawasan bukit dan gunung arah Mekah. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.

Alhamdulillah, aku berpeluang mendaki Gunung Hira pada pukul 8.00 pagi, 2hb Jun 2013 ketika rombongan Umrah kami mengadakan ziarah ke sana. Ketika sampai dikaki gunung tersebut, aku tergamam kecuraman jalan yang lebih k 35 degree dan kagum kerana terbayang akan kehebatan Baginda SAW yang berulang alik mendaki gunung tersebut bersendirian.
Aku mulai mendaki bersendirian mendahului Jemaah yang lain. Terasa penggunaan kekuatan kedua kekuda kakiku untuk menolak badan maju kehadapan dan berterusan bergerak. Peluh mulai membasahi tubuh akibat penggunaan tenaga secara maksima. Lebih kurang 15 minit perjalananku, aku menoleh, Jemaah lain jauh kebelakang. Ada yang sudah mengalah, kepenatan mahu berehat di dalam kedai yang berdekatan.
Jantungku berdengup laju, terasa kepenatannya. Kedua lututku terasa kesakitan dan bagaikan nak terkeluar akibat penekanan dan pendakian mencuram. Aku berhenti seketika melepaskan lelah sambil melihat sekeliling. Jauh fikiranku melayang memikirkan kehebatan diri baginda SAW mendaki bersendirian dan bagaimana isteri Baginda SAW mengunjungi beberapa kali.

Akhirnya aku berjaya mendaki sehingga kemuncaknya. Walaupun kepenatan yang amat sangat namun terasa kepuasan hati berada dipuncaknya.
Begitu tiba di depan pintu gua, terdapat tulisan Arab ‘Ghor Hira’ dengan cat warna merah. Di atas tulisan itu terdapat tulisan dua ayat pertama Surat Al-Alaq dengan cat warna hijau. Gua Hira terletak persis di samping kiri tulisan tersebut.
Panjang gua tersebut sekitar tiga meter dengan lebar sekitar satu setengah meter, dan ketinggian sekitar dua meter. Dengan luas dimensi seperti itu, gua ini hanya cukup digunakan untuk shalat dua
orang. Di bagian kanan gua terdapat teras dari batu yang hanya cukup digunakan untuk shalat dalam keadaan duduk.

Comments