LIDAHKU
Lidah adalah daging yang lembut terletak di dalam mulut manusia. Walaupun lidah tidak bertulang tetapi lidah boleh mendatangkan keburukan yang amat besar dimana terdapat 14 bahaya yang timbul akibat ucapan dari lidah :
Pertama : Mengucapkan sesuatu yang tidak perlu
Kedua : Terdorong mengucapkan perkara yang batil (dosa) seperti bermegah-megah dengan keburukannya, suka berbantah-bantahan dengan orang lain, mahu menerima teguran dan mempertahankan pendapatnya yang jahil.
Ketiga : Bercakap membuta tuli dengan tidak berdasarkan pada ilmu disebabkan kejahilannya.
Keempat : Memaki hamun dan cakap kotor
Kelima : Nyanyian yang dimaksudkan di sini adalah nyanyian yang melekakan dan membenarkan perbuatan maksiat.
Keenam : Bergurau dengan gurauan yang berlebih - lebihan dan melampaui batas.
Ketujuh : Mengejek atau memperolok-olokkan
Kelapan : Menyebarkan fitnah, sumpah palsu, berdusta dan berbohong.
Kesembilan : Menggubal, bersetuju dan membahaskan dan meluluskan rang undang-undang ciptaan manusia walaupun bertentangan dengan al-Quran dan sunnah.
Kesepuluh : Mengumpat.
Kesebelas : Mengadu domba (menghasut)
Kedua belas : Lidah bercabang dua iaitu seseorang yang berulang alik di antar dua orang yang bermusuhan, untuk menyampaikan ucapan salah seorang daripada mereka kepada yang seorang lagi.
Ketiga belas : Memuji kerana seseorang yang tidak sepatutnya menerima pujian itu atau pujian yang berlebihan yang tidak sesuai dengan hal yang sebenarnya sehingga jatuh kepada dusta atau memuji orang yang sepatutnya dicela.
Keempat belas : Jangan berkata "kalau" pada kejadian yang telah berlaku.
Comments