Majlis makan Malam Persatuan Pegawai Pegawai Kanan Penang Port Sdn Bhd
Pihak AJK SOA lama sememangnya telah merancang untuk mengadakan Majlis Makan Malam ini diadakan di Safira Country Club Resort namun tidak kesampaian kerana kesuntukan masa. Maka, AJK SOA yang baru telah bermesyuarat dan bersetuju untuk meneruskan majlis makan malam ini dan pelbagai usaha yang telah dilakukan termasuk mendapatkan tarikh yang bersesuaian dengan semua ahli namun malangnya hanya tarikh 27hb Disember sahaja iaitu hari Jumaat yang ada kekosongan untuk SOA meneruskan perancangan makan malam tersebut. Oleh itu, pihak AJK SOA sekali lagi bersetuju untuk meneruskan majlis tersebut pada tarikh 27hb Disember 2013 bermula pukul 7.30 malam.
Alhamdulillah, 4 orang Pengurus Besar Penang Port bersama separuh ahli berserta keluarga masing - masing dapat berkumpul bersama – sama dimana semua barisan ahli Exco SOA mengalu – alukan kehadiran mereka semua serta jutaan terimakasih
diatas kesudian mereka meluahkan masa untuk turut serta menjayakan majlis tersebut.
Jutaan terimakasih dan tahniah diucapkan pada kesemua barisan ahli
Exco SOA yang telah berusaha keras untuk menjayakan majlis tersebut yang
berkonsepkan keceriaan dengan mengatur
pelbagai aktiviti yang menarik dan telah
berjaya mendapat kutipan sumbangan yang tinggi berupa wang tunai sebanyak RM13, 650.00 dan barangan
cabutan bertuah.
Akhirnya majlis berjalan lancar disamping menjamu selera, pengaturan aktiviti – aktiviti seperti
cabutan bertuah, hiburan dan permainan pelawak untuk anak - anak kecil serta semua yang hadir turut menceriakan lagi majlis
dan mengeratkan lagi perhubungan serta
penyatuan sesama ahli untuk kebaikan semua.
Saya
sekali lagi mewakili barisan ahli Exco SOA ingin memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat
sebarang kesulitan atau kekurangan sepanjang perjalanan majlis makan malam tersebut.
Comments