Pemaliman Kapal Itu Satu Kesenian
Berdasarkan pada pengalamanku sendiri dan
sebagai keluarga malim, aku rasa tidak salah seandainya aku mengatakan
memalimkan kapal itu adalah satu kesenian. Sememangnyalah memalimkan kapal itu
bukannya mudah dan dapat dilaksanakan dalam sekelip mata tanpa sebarang ilmu
pelayaran yang memerlukan masa bertahun - tahun untuk memperlajarinya dan
latihan yang konsisten untuk menghasilkan kebolehan pemaliman.
Konsep kemahiran dan kecekapan ini dapat
disamakan dengan pemanduan kereta dimana ianya bermula dengan kefahaman
pergerakan dan mekanisme sesebuah kereta tersebut dan cara pengendalian yang
asas. Selebihnya terpulang pada diri kita sendiri untuk lebih mempraktikkannya
agar diri dan segala kelengkapan diri terbiasa dan temampu berkerjasama sebagai
satu pasukan di dalam menggerakkan dan memberhentikan sesebuah kereta itu
berdasarkan kemahuan pada diri kita sendiri. Keilmuan atau kebolehan ini
dinamakan kemahiran yang seandainya diasah dengan latihan yang secara konsisten
maka terlahirlah satu pergerakan yang seumpamanya terancang yang terhasil di
dalam diri apabila kita memulakan pemanduan.
Lanjutan dari kehebatan pegerakan ini maka
kita berkemampuan untuk menggunakan peralatan diri yang lan untuk turut seta
menjalankan pekerjaan yang lain. Namun, pergerakan bebas ini akan
kehilangan sentuhannya seandainya latihan dan amalan ditinggalkan dalam tempoh
yang agar lama.
Begitu juga perjalanan dengan pemaliman yang
memerlukan kesinambungan latihan dan amalan bersertakan ilmu pelayaran agar
terhasil kerja yang terbaik dan memuaskan hati pelbagai pihak termasuk prinsip
keselamatan.
Tambahan pula, pemaliman melibatkan kapal yang
mengelungsur di atas air dengan pusaran kipasnya disertai pergerakan arus
dan pukulan angin yang secara tidak langusng mempunyai implak pada penghasilan
kerja yang terbaik dan selamat.
Sememangnya malim
perlu memiliki ilmu pengetahuan
tinggi tentang persekitaran pelabuhan , kemahiran
pengendalian kapal dan pengalaman navigasi yang unik.
Pekerjaannya juga dianggap sebagai posisi yang sangat terhormat
dimana bendera HOTEL yang membawa maksud 'PILOT ONBBOARD" akan
dikibarkan untuk menunjukkan kehadirannya di atas kapal. Adalah penting
untuk malim sentiasa mempunyai hubungan atau komunikasi yang terbaik dengan
pihak pengurusan anjungan kapal untuk memastikan perjalanan kapal
selamat melalui wilayah pemaliman tercapai.
Adalah sangat penting bagi malim untuk
berada dalam kondisi baik dari segi mental atau fisik kerana hasil stres
atau tekanan yang berhubungan dengan potensi pola kerja tidak teratur seperti
operasi berlabuh, merapat dan keluar dari demaga dan
pembatasan kondisi terutamanya yang terkait dengan denyutan
jantung terganggu, tidur yang tidak mencukupi, masalah sosial
dan domestik. Selain itu dari itu kerja lebihan masa, bebanan pekerjaan,
tekanan komersial, diatas kapal dan kondisi lingkungan yang
berhubungan dengan operasi pemaliman cenderung meningkatkan stres pada
malim.
Ini seterusnya boleh membawa kepada satu sub
psycho fisiologi optima, yang tidak secara langsung
menyebabkan peningkatan keletihan, kekacauan perasaan dan
penurunan prestasi . Secara khusus, malim akan terdedah pada risiko
mempamerkan desakan keletihan penurunan prestasi apabila tugasan
memerlukan tahap penjagaan, membuat keputusan, penghakiman, ingatan dan
perhatian yang tinggi. Malim pada setiap masa
mesti menggunakan ketelitian dan usaha sewajarnya untuk mencegah
sebarang kerosakan pada kapal yang dimalimkan, kapal-kapal lain atau harta
sekalipun serta tidak menyebabkan sebarang halangan atau
gangguan pada perairan pelabuhan dan alur navigasi.
Biar
apa pun cubaan dan faktornya, malim perlu kembali segala tenaga yang ada
dan letakkan segalanya kepada yang satu iaitu KETENANGAN. Bukan urusan dan
perihal untuk mempertikaikan segala kehendak atau pilihan untuk sepanjang
tempoh pemaliman itu tetapi bertenangan akan menampakkan hasil
kesabaran di dalam merangka perancangan dari pelbagai aspek untuk
penghasilan mutu perkerjaan yang terbaik dan selamat.
Kemampuan
bertenang bukannya boleh terlaksana dalam sekelip mata ataupun berpuluhan pengalaman
pemaliman kerana ianya adalah latihan dalaman yang berkaitan rapat dengan diri
dan penggunaan kuasa fikiran. Pekikan puluhan tahun pengalaman dan kehebatan di
dalam pemaliman sahaja tidak mempamerkan keindahan dan kesenian pemaliman
itu sebaliknya mempamerkan keangkuhan dan kebodohan diri sendiri.
Benarkah aku
merasa diri aku hebat dari yang lain? Aku terasa hebat kerana
merasakan telah mencapai sesuatu peringkat yang tinggi dari segi keilmuan,
pengetahuan, kemahiran dan kecekapan. Maka, anda berasa dan terasa berhak
mengatakan, mengakui kepada diri anda sendiri,' AKU HEBAT!'.
Namun, ketaksuban mengakui diri hebat dan terhebat sehingga merasakan tiada yang lebih hebat dari diri sendiri akan melayakkan diri ke peringkat yang lebih 'tertinggi' yang dinamakan peringkat 'pengujian' iaitu terbahagi kepada dua kategori. 1) Dugaan kemajuan 2) Dugaan kejatuhan.
Apabila mencapai peringkat ini terpulanglah kepada diri sendiri untuk menilainya sendiri kerana sesungguhnya sebagai manusia, setiap insan mempunyai batasan yang perlu dihormati. Seandainya kita merasai kita hebat, ada yang lebih hebat dari kita. Sekiranya kita merasai lemah, ada yang lebih lemah dari kita. Maka, sebaiknya bersyukurlah akan keadaaan diri seadanya dan tiada salah dan menyalah seandainya berterusan memperbaiki diri untuk kemajuan kerana tiada perhentian dan kemunduran di dalam perjalanan hidup ini.
Namun, ketaksuban mengakui diri hebat dan terhebat sehingga merasakan tiada yang lebih hebat dari diri sendiri akan melayakkan diri ke peringkat yang lebih 'tertinggi' yang dinamakan peringkat 'pengujian' iaitu terbahagi kepada dua kategori. 1) Dugaan kemajuan 2) Dugaan kejatuhan.
Apabila mencapai peringkat ini terpulanglah kepada diri sendiri untuk menilainya sendiri kerana sesungguhnya sebagai manusia, setiap insan mempunyai batasan yang perlu dihormati. Seandainya kita merasai kita hebat, ada yang lebih hebat dari kita. Sekiranya kita merasai lemah, ada yang lebih lemah dari kita. Maka, sebaiknya bersyukurlah akan keadaaan diri seadanya dan tiada salah dan menyalah seandainya berterusan memperbaiki diri untuk kemajuan kerana tiada perhentian dan kemunduran di dalam perjalanan hidup ini.
Sesungguhnya keindahan dan kepuasan pemaliman itu tercapai perlaksanaannya apabila sesuatu pekerjaan itu terhasil dengan mutu yang terbaik dan selamat akibat dari ketekunan di dalam mengasahkan diri untuk kemahiran. Maka gabungan ketenangan dan kemahiran pasti menjanjikan kepuasan di dalam perlaksanaan tugasan yang terbaik dan dari titik inilah bermulanya kesenian yang terhasil dari usaha dan kemampuan diri sendiri yang tidak semestinya bersamaan atau mirip dengan hasilan malim yang lain. Kesenian itu bukan terhasil dari kebencian atau terpaksa diusahakan tetapi jauh dari sudut hati yang tenang dan gembira di dalam melaksanakannya. Semakin tenang hati, semakin mantap perlaksanaannya walau pelbagai dugaan dan pukulan badai mendatang. Namun, hati tetap tabah di dalam menempuh keributan pemaliman sehingga terungkai dan terselesai sudah hasil keseniannya.
Oleh itu, aku kira tidak salah sekiranya dikatakan 'Pemaliman kapal itu satu kesenian..."
Comments