Aku dan ilmu didikanku
Akhirnya aku meletakkan senjataku. Aku akur. Aku menerima kenyataan bahawa khidmatku tiada diperlukan lagi. Tiadaku sangka begini pengakhirannya. Sudah hampir 3 tahun aku berjuang mendidik anak - anak muda yang kebutaan ilmuan maritim agar mereka mengerti dan memahami akan pelayaran.
Dengan keilmuan yang serba kekurangan ini akan dapat menjadi pelita pada diri mereka di dalam berjinak - jinak dengan ilmu pelayaran. Disamping menjanjikan
perkerjaan, pembangunan karier dan upah yang lumayan, ilmu pelayaran ini secara tidak langsung turut membentuk keperibadian seseorang
itu kearah elemen – elemen penting untuk berfikir secara positif seperti: ·
sikap,· kehendak,· kreatif,· innovatif,· perancangan,· pengurusan masa,·
semangat jitu,· tindakan positif,· keputusan,·berilmu,· berkeyakinan,· displin
dan· kekuatan mental.
Akhirnya selepas pandai berlari, lama kelamaan diriku dilupai. Tiada lagi panggilan suara bertanya khabar. Tiada lagi pengiriman berita dari mereka. Namun, aku puas hati. Aku Berjaya mendidik mereka hingga mereka boleh bangun menempuh apa sahaja yang mendatang.
Masa berlalu, aku teruskan usaha mendidik. Dipertengahan jalan aku disarankan menghasilkan buku rujukan maritim. Aku mencuba dan mencuba. Tersangkut dan tersadai beberapa seketika akhirnya aku mencapainya. Kini, sudah banyak buku rujukan yang dihasilkan. Kemampuan ini aku tambahi dengan kehasilan buku motivasi.
Di dalam mengharungi perjalanan penulisan ini, akhirnya tanganku terkulai lemah. Aku terperangkap dengan mereka yang dahagakan buku namun upahnya ditahan. Pelbagai usaha diperhebatkan akhirnya pembayaran diterima secara sedikit hingga ke saat ini.
Kesemua ini aku tempuh dengan kesabaran dan keyakinan untuk berterusan mendidik dan menulis. Tiada aku sangka perjanjian yang aku terima dipukul angin bertiup bayu. Aku tersadai berseorangan dijalanan. Aku menghubungi akhirnya aku dipinggirkan dengan sindiran dan penghinaan.
Aku sabar dan tenang. aku mencuba pada yang lain nanum lain pula kerenahnya. Aku pasrah. Aku redha. Aku keletihan. Aku kelesuan. Akhirnya ilmu mendidik ini aku letakkan. Aku terhenti di persimpangan jalan. Aku memilih untuk tidak mendidik ilmu maritim lagi.
Comments