Persiapkan diri untuk mencapai kemajuan
Ungkapan ‘Bloom where you are planted’ yang
membawa maksud ‘Berkembanglah di tempat di mana anda ditempatkan(berada)’ merupakan kalimat yang sangat penting dan
perlu difahami oleh semua orang didalam sesebuah organisasi bagi mencapai
objektif dan matlamatnya secara konsisten dan bertaraf professional. Pendapat
tentang ketidakkeberuntungan seseorang itu berada di tempat yang salah atau apa
sahaja alasan yang berbau negatif perlu disingkirkan dari minda mereka yang berkeyakinan diri untuk
berterusan memajukan diri sendiri kerana ianya secara tidak langsung turut
menjanakan energi positif terhadap keluarga, sahabat handai, tempat kerja dan
sesebuah organisasi tersebut.
Persiapkan diri untuk mencapai kemajuan merupakan
langkah pertama yang perlu ditempuhi kerana kemajuan itu tidak datang bergolek
dengan sendirinya dan perlu diingatkan bahawa setiap pekerja di dalam sesebuah
organisasi itu mempunyai bahagian atau tugasan masing – masing yang mesti
dijalankan sehingga kemajuan itu dapat diraihkan sepenuhnya. Oleh itu, jangan
bermimpi mencapai sebarang kemajuan di dalam apa – apa bidang sekalipun
sekiranya berpeluk tubuh tanpa sebarang persiapan untuk melakukan sesuatu
pergerakan.
Pergunakan waktu
dengan perancangan yang sebaiknya dan memiliki sesuatu anjakan paradigma
bahwa setiap detik berharga kerana kita semua mempunyai waktu 24 jam dan ianya
bergantung sepenuhnya pada bagaimana seseorang itu mempergunakan waktu yang
ada. Perancangan perlu dilaksanakan dengan pembahagian pekerjaan seperti
kategori penting, kurang penting dan sebagainya
didalam jangka masa yang ditentukan secara konsisten, hari demi hari,
minggu demi minggu bulan demi bulan dan seterusnya.
Pergunakan waktu terluang sebagainya dengan
sebaik mungkin kerana pembaziran waktu pada dasarnya kurang berarti untuk
pengembangan diri dan boleh mengakibatkan banyak pekerjaan atau hal lain yang
harus dilakukan menjadi terbengkalai.
Pada dasarnya seseorang pekerja itu dapat mempelajari sesuatu pengetahuan dan pengalaman yang berharga jika mempunyai minat dan keinginan untuk maju dan tidak boleh dibatasi dengan alasan kurang pengetahuan, usia, kesihatan, jenis pekerjaan dan sebagainya. Kuasailah pekerjaan sendiri sebelum bergerak untuk menguasai banyak bidang, Janganlah terlalu sibuk mempersoalkan bidang lain atau menaruh perhatian berlebihan kepada bidang lain di luar pekerjaannya, sehingga pekerjaannya sendiri tidak terlaksana dengan baik.
Tingkatkan ilmu kemahiran pengurusan, teknikal dan
kualiti peningkatan diri secara konsisten kerana ianya sangat penting di dalam
pengembangan diri seseorang agar mempunyai wawasan yang lebih luas dan mampu
untuk bekerjasama secara lebih baik dengan pelbagai ragam manusia individu dan mampu
beradaptasi terhadap perubahan. Bersikaplah terbuka terhadap sebarang perkara -
perkara baru atau pendapat orang lain agar dapat menerima sebarang komen atau
kritikan untuk kebaikan bersama dan menjadikan pemikiran kita lebih terasah
dan cemerlang.
Ingatlah perkembangan diri merupakan suatu proses jangka waktu yang cukup panjang dan bukannya boleh dicapai di dalam satu atau dua hari. Oleh itu, janganlah berputus asa sekiranya tidak dapat melihat perkembangan secara nyata di dalam jangka waktu pendek tapi berterusan mencuba secara konsisten agar melihat bahawa apa yang ditanam akan berbuah akhirnya.
Comments