Pengalaman Hidup

Biar apa pun maksud dan maknanya pengalaman itu, ia tetap menjerumus pada satu hakikat iaitu mengalami situasi buruk atau baik yang mengajar tentang kehidupan seharian ini. Ianya tetap terjadi dalam sesaat, seminit dan seterusnya memberikan kita ilmu agar sentiasa berwaspada didalam mengharungi liku - liku kehidupan yang memiliki pelbagai kejutan yang tiada disangka.

Kekadang terkena satu kejutan pahit, kita menjadikannya itktibar untuk terus maju. Kekadang terkena dua dan beberapa kali namun kita masih tiada belajar dan berterusan meneruskan perjalanan di laluan yang sama kerana keegoan dan kesombongan yang menutupi 'mata hari' yang sentiasa memesan dirinya untuk kebaikan.

Kekadang kejutan ini menyerang ditakala kita tiada persiapan atau teralpa. Hentakan membuat kita kecundang tersungkur di laluan. Bingung fikiran mencari kebenaran hingga gagal menerima kenyataan. Tangan mula meraba mancari pendoman. Kaki terlari - lari mencari bantuan. Mata terbeliak mencari cahaya agar berkemampuan mencari punca kejadian. Akhirnya kita hanyut dipukul badai.

Pengalaman yang pahit sememangnya ditolak semua namun ianya bukan pilihan kita kerana inilah pakaian dunia sedangkan pengalaman manis adalah pilihan hati namun ianya bukannya kekal abadi kerana ianya akan hilang sesukanya.


Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Y Bhg Datuk Sidik Shaik Osman yang aku kenal