PEMBANGUNAN PERKERANIAN



Pengenalan

Kebanyakan kumpulan sokongan, para pekerja perkeranian dan pembantu pejabat ditinggalkan kebelakang dan dianggap tidak penting berbanding yang lain. Pihak pengurusan  selalunya tidak menyedari bahawa mereka juga memainkan peranan penting di dalam menjana usaha untuk perkembangan sesebuah organisasi. Tanpa sebarang pengecualian dari semua peringkat perjawatan setiap warga pekerja adalah penting dan merupakan aset kepada sesebuah organisasi. Oleh itu, kursus ini telah direkacipta untuk memenuhi kumpulan tersebut dengan kemahiran yang perlu di dalam menjalankan tugasan seharian mereka.

Objektif

Kursus yang dijalankan selama 2 hari ini dihasilkan untuk membantu para peserta bagi memantapkan lagi kemahiran di dalam beberapa bidang yang berbeza dan selepas menamatkan program ini, para peserta berkeupayaan untuk:
n  Pemahaman yang jelas tentang profession perkeranian.
n  Membina hubungan kerja dengan rakan sekerja.
n  Memahami kemahiran berkomunikasi.
n  Mengetahui tentang kepentingan produktiviti dan kualiti.
n  Pemahaman tentang pemikiran positif untuk penambahbaikan diri.
n  Memahami tentang kepentingan perkhidmatan pelanggan.
n  Memperlajari tentang pengurusan masa.
n  Memahami tentang kepentingan kesopanan telefon.
n  Memahami tentang keperluan semangat berpasukan.

Konsep Pengajaran

Latihan ini akan dijalankan berkonsepkan suasana yang tidak rasmi, tenang dan ceria. Kaedah ini adalah penting untuk membuatkan para peserta berkeupayaan menenangkan diri dan fikiran dari sebarang tekanan sepanjang tempoh latihan.

Bahan pengajaran berdasarkan kepada penggunaan slide, permainan dan perbincangan akan diseimbangi dengan penggunaan teks latihan.

Permainan akan diberikan kepada para peserta untuk mempamerkan dan mengamalkan kaedah – kaedah yang dipelajari semasa latihan.

 Kandungan

 Definisi Kerani
  1. Peranan kerani
  2. Cabaran Perkeranian
  3. Bagaimana untuk menjadi seorang kerani yang efektif
  4. Pengurusan Rekod
  5. Sistem Maklumat
  6. Pengenalan : Pemikiran Positif
     -        Apakah itu Pemikiran Positif ?
     -  Bagaimana ianya terjadi ?
8.    Pemikiran Positif & Negatif : Apakah Perbezaannya?
9.    Pemikiran Positif: Mampukah kita melakukannya?
10. Adakah selama ini kita berfikiran secara positif?
11. Elemen – elemen Penting Untuk Berfikir Secara Positif
12. Langkah Awalan Untuk Penukaran Kata Hati Berpositif
13. 7 Cadangan Untuk Membina Sikap Positif
14. Kebaikan & Tip Untuk Pemikiran Positif
15. Kaedah Menangani Perubahan Secara Positif
16. Keperluan Masa kini
17. Tanggungjawab dan Peranan
18. Menjadikan Diri Lebih Efisien
19. Apa Itu Berkomunikasi ?
20. Pengurusan Masa
21. Kesopanan Telefon
22. Perkhidmatan Pelanggan Yang Cemerlang
23. 7 Cara untuk Penambahbaikan Perkhidmatan Pelanggan
24. 9 Tip untuk membina semangat berpasukan
25. Kesimpulan
26. Sesi Soal - Jawab

Jadual Latihan


Di antara topik – topik yang akan diperbincangkan :

Hari Pertama
08.45 – 0900      Kedatangan para peserta
09.00 – 09.15     Sesi Pengenalan Diri
09.15 – 10.00     Definisi Kerani
                    Peranan kerani
                                       Cabaran Perkeranian
                       
10.00 – 10.15     Minum pagi
10.15 – 12.45     Bagaimana untuk menjadi seorang kerani yang                           efektif
                    Pengurusan Rekod
                    Sistem Maklumat
                       Pengenalan : Pemikiran Positif
                    -       Apakah itu Pemikiran Positif ?
                    -  Bagaimana ianya terjadi ?
                       Pemikiran Positif & Negatif : Apakah Perbezaannya?
12.45 – 14.00     Makan tengahari
14.00 – 15.00     Pemikiran Positif: Mampukah kita melakukannya?
                        Adakah selama ini kita berfikiran secara positif
                        Elemen – elemen Penting Untuk Berfikir Secara Positif
                    Langkah Awalan Untuk Penukaran Kata Hati               
                    Berpositif                                 
                    Gerakerja
15.00 – 15.15     Minum petang
15.15 – 16.45     7 Cadangan Untuk Membina Sikap Positif
                    Kebaikan & Tip Untuk Pemikiran Positif
                    Kaedah Menangani Perubahan Secara Positif
                           Kesimpulan / Sesi soal – jawab
17.00                        Tamat sesi latihan



Hari Ke-2
08.45 – 0900      Kedatangan para peserta
09.00 – 10.00     Keperluan Masa kini
                        Tanggungjawab dan Peranan
10.00 – 10.15     Minum pagi
10.15 – 12.45     Menjadikan Diri Lebih Efisien
                Apa Itu Berkomunikasi ?
                        Gerakerja
12.45 – 14.00     Makan tengahari
14.00 – 15.00     Pengurusan Masa
                Kesopanan Telefon
                Perkhidmatan Pelanggan Yang Cemerlang
                        Gerakerja
15.00 – 15.15     Minum petang
15.15 – 16.45     7 Cara untuk Penambahbaikan Perkhidmatan Pelanggan
                9 Tip untuk membina semangat berpasukan
                        Kesimpulan / Sesi soal – jawab
17.00                        Tamat sesi latihan

Nota :         Sesi ini akan diselang-selikan dengan aktiviti permainan dalaman sekiranya berkesempatan

Kesimpulan


Kesimpulan latihan untuk mengembalikan ingatan kepada perkara – perkara penting yang telah diperlajari

Sesi Soal – Jawab


Sesi perbincangan bersama para peserta

Methodologi

Penggunaan pertunjukan slide, gambaran dan permainan

1.  Kumpulan sasar :  Latihan adalah untuk Eksekutif Muda, Kerani & Pembantu Pejabat.

2.  Bilangan peserta : 20 - 25 (max)

 3.  Subjek : Untuk menerapkan kaedah pemikiran positif dan kemahiran lain secara konsisten bagi menangani masalah – masalah yang timbul di tempat kerja dan kehidupan seharian merangkumi pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

4.  Konsep : Menggunakan pelbagai cara seperti penyampaian yang ringkas, padat dan diselang seli dengan permainan dan sebagainya untuk menimbulkan suasana ceria bagi pemahaman yang  lebih mantap.
 
5.  Nota : Nota akan diberikan dan pemahaman semasa latihan adalah sangat digalakkan.

    6. Jangkamasa  : 2  hari (16 jam )

7.      Juru-runding Latihan : Kapt Muhd Ismail  Mohd Noor

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Y Bhg Datuk Sidik Shaik Osman yang aku kenal