PEMAHAMAN TUGASAN ANDA
Pengenalan
Pemahaman
Tugasan Anda dihasilkan untuk pihak pengurusan di dalam bidang pembangunan
pengurusan untuk membantu para pekerja
meningkatkan produktiviti dan komitmen
mereka bagi mencapai hala tuju dan objetif yang ingin disasarkan.
Objektif
Kursus ini adalah direkacipta berdasarkan pada pengalaman,
maklumat, dan keperluan pihak pengurusan. Ianya bertujuan memberi penerangan
secara mudah untuk menyedarkan para pekerja tentang tugasan mereka dan tindakan
yang perlu diambil untuk membaiki diri agar sejajar dengan objektif syarikat di
dalam pekerjaan seharian. Para peserta akan memperlajari perkara – perkara asas
seperti:
·
Pemahaman tentang tugasan seharian.
·
Membina kebolehan menjalankan tugasan dengan lebih baik.
·
Memahami tentang kehendak syarikat.
·
Memahami kepentingan memenuhi objektif syarikat.
·
Memahami keperluan melakukan perubahan diri
·
Memperlajari kepentingan berkomunikasi dan pengurusan
masa.
·
Memperlajari keperluan menjadi pekerja yang efektif.
·
Memahami tentang keperluan semangat berpasukan.
Kumpulan Sasar
Program ini adalah sesuai untuk semua peringkat kakitangan
Konsep Pengajaran
Latihan ini akan dijalankan berkonsepkan suasana yang tidak rasmi, tenang
dan ceria. Kaedah ini adalah penting untuk membuatkan para peserta berkeupayaan
menenangkan diri dan fikiran dari sebarang tekanan sepanjang tempoh latihan.
Bahan pengajaran berdasarkan kepada penggunaan slide, permainan dan perbincangan akan diseimbangi dengan
penggunaan teks latihan.
Beberapa permainan akan diberikan kepada para peserta untuk mempamerkan dan
mengamalkan kaedah – kaedah yang dipelajari semasa latihan sekiranya
berkesempatan.
Kandungan
Di antara topik – topik yang akan diperbincangkan :
- Apakah itu tugas ?
- Apakah tugasan seharian anda?
- Apakah kehendak syarikat dari anda?
- Perubahan Diri : Apakah Perbezaan Negatif & Positif?
- Perubahan Diri: Mampukah anda melakukannya?
- Elemen – elemen Penting Untuk Perubahan Diri
- Kebaikan & Tip Untuk Perubahan Diri
- Kaedah Menangani Perubahan Secara Positif
- Keperluan Syarikat masa kini
- Tanggungjawab dan Peranan Anda
- Kepentingan berkomunikasi & mengurus masa dengan baik
- 9 Tip untuk membina semangat berpasukan
- Kesimpulan
- Sesi Soal - Jawab
Kesimpulan
Kesimpulan
latihan untuk mengembalikan ingatan kepada perkara – perkara penting yang telah
diperlajari
Sesi Soal – Jawab
Sesi perbincangan
bersama para peserta
Methodologi
Penggunaan pertunjukan slide, gambaran dan permainan
1. Kumpulan sasar : Latihan adalah untuk semua peringkat
kakitangan / pekerja.
2. Bilangan peserta : 20 - 25 (max)
3. Subjek
: Untuk menerapkan kaedah pemikiran positif secara konsisten bagi menangani masalah – masalah yang timbul di
kehidupan seharian merangkumi pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
4. Konsep : Menggunakan pelbagai cara seperti
penyampaian yang ringkas, padat dan diselang seli dengan permainan dan
sebagainya untuk menimbulkan suasana ceria bagi pemahaman yang lebih mantap.
5. Nota : Nota akan diberikan dan pemahaman
semasa latihan adalah sangat digalakkan.
6. Jangkamasa : 1 hari (8 jam )
7. Juru-runding Latihan : Kapt Muhd Ismail Mohd Noor
Comments