Pandanglah belakang
Pandang belakang untuk dibuat renungan akan segala perbuatan dan percakapan di dalam mengharungi kehidupan ini. Benarkah aku, jujurkah aku, berdosakah aku, baikkah aku, jahatkah aku untuk dibuat benteng pengajaran di hari muka. Masih berkesempatan, masih berpeluang, masih ada masa untuk pembetulan agar diri tiada tercicir atau tergelincir dari laluan perjalanan.
Jangan sombong, jangan bongkar kelak kita yang kerugian kerana tiada kemana seumpama pengembara hilang halatujunya, duduk termenung mencari jalan. Kebingungan sendirian meraba mencari pedoman. Menangisi sendirian menyalahi diri tiadalah gunanya akibat pengalaman dan teguran tiada dihiraukan.
Oleh itu, pandanglah belakang buat pedoman dan bekalan di dalam perjalanan agar sentiasa berwaspada dan buat yang terbaik serta sebaik mungkin agar kekecewaan tiada melanda.

Comments