KEPIMPINAN YANG CEMERLANG
Pengenalan
Kejayaan di tempat kerja tidak dapat dipisahkan dari
kepimpinan. Oleh itu kemahiran menjadi ketua dan memimpin amat penting untuk
menentukan sejauh mana seseorang itu berupaya maju di temapt kerjanya. Inilah
yang menjadi salah satu faktor yang menghalang individu yang berkelulusan
tinggi tidak dapat mengekalkan
kecemerlangan mereka apabila sudah bekerja.
Kepimpinan ialah proses di mana seseorang individu
mempengaruhi anggota – anggota lain di dalam kumpulannya menghala ke arah
pencapaian tujuan dan matlamat kumpulan, jabatan dan organisasi.
Fungsi utama pemimpin adalah mengubal visi dan misi
organisasi yang dipimpinnya serta mencipta strategi – strategi bagi
mencapainya. Cabaran utama yang mesti
dihadapi ialah bagaimana hendak mempengaruhi individu – individu yang
dipimpinnya supaya menyokong visi, misi dan strategi – strategi yang telah
digubal di dalam menenuhi objektif organisasi.
Pemimpin wujud untuk mencipta dan menanagani perubahan
sedangkan para pengurus melaksanakan strategi – strategi tersebut dengan
membuat perancangan bagi pencapaian matlamatnya.
Dengan keyakinan pemimpin dapat diasuh dan kemahiran
memimpin dapat dipelajari, maka penghasilan program ini akan membawa faedah
kepada sesiapa yang memerlukannya.
Objektif
Program
ini direkacipta untuk membantu para peserta bagi memahami dengan lebih mendalam
akan kepimpinan secara keseluruhannya.
Objektif pembelajaran untuk program latihan 2 hari; selepas menamatkan
program ini, para peserta berkeupayaan untuk:
- Memahami maksud kepimpinan dan melihat potensi kepimpinan di dalam diri dan yang lain.
- Memahami ciri – ciri seorang pemimpin
- Mengenalpasti asas perbezaan di antara kepimpinan dan pengurusan.
- Kemahiran Kepimpinan yang lebih baik untuk mengurus pekerja
- Kecekapan di dalam memimpin pekerja
- Kemahiran untuk menyelesaikan konflik
- Kemampuan untuk membantu pekerja ke arah pencapaian yang cemerlang
- Kemahiran antara persorangan
- Kemahiran memujuk untuk perbincangan
- Kemampuan membantu pekerja untuk menghasilkan kreativiti mereka
- Mengenalpasti sebab – sebab kepincangan kepimpinan dan perkara baru di dalam kemahiran paradigma yang dapat membantu mengelaknya.
- Menghargai kepentingan pekerja untuk memberi arahtuju, hubungan, kualiti peribadi dan pulangan
Konsep Pengajaran
Latihan ini akan
dijalankan berkonsepkan suasana yang tidak rasmi, tenang dan ceria. Kaedah ini
adalah penting untuk membuatkan para peserta berkeupayaan menenangkan diri dan
fikiran dari sebarang tekanan sepanjang tempoh latihan.
Bahan pengajaran
berdasarkan kepada penggunaan slide,
permainan dan perbincangan akan diseimbangi dengan penggunaan teks latihan.
Permainan akan
diberikan kepada para peserta untuk mempamerkan dan mengamalkan kaedah – kaedah
yang dipelajari semasa latihan.
Kandungan
Ciri – ciri pemimipin yang mudah diterima
Memahami Kepimpinan
Apakah
itu Kepimpinan?
Pendekatan Kajian Kepimpinan
Pemimpin Sebagai Pendorong
Pemimpin Yang Berjaya
Pengurus Sebagai Pemimpin
Perbezaan Antara
Pengurus & Pemimpin
Pengurus & Pemimpin
Mengurus Manusia
Teori – Teori Kepimpinan
Pemimpin Sebagai Pelerai Konflik
Kredibiliti Pemimpin
Mengambil Keputusan
Pemimpin
Dan Kuasa
Kuasa Keserupaan
Politik Pejabat
Mempengaruhi Orang Atasan
Mempengaruhi rakan sejawat
Mempengaruhi orang
bawahan
Teknik
Mengampu
Menyelesaikan Masalah
Kesilapan Pemimpin
Jadual Latihan
Di antara topik – topik yang akan diperbincangkan :
Hari Pertama
08.45 – 0900 Kedatangan
para peserta
09.00 – 09.15 Sesi
Pengenalan Diri
09.15 – 10.00 Ciri – ciri
pemimipin yang mudah diterima
Memahami
Kepimpinan
, Apakah itu Kepimpinan?
10.00 – 10.15 Minum
pagi
10.15 – 12.45 Pendekatan Kajian Kepimpinan
Pemimpin
Sebagai Pendorong,
Pemimpin Yang Berjaya
12.45 – 14.00 Makan tengahari
14.00 – 15.00 Pengurus Sebagai Pemimpin, Perbezaan Antara
Pengurus & Pemimpin
Gerakerja
15.00 – 15.15 Minum petang
15.15 – 16.45 Mengurus Manusia, Teori – Teori Kepimpinan,
Pemimpin Sebagai Pelerai Konflik
Kesimpulan / Sesi soal – jawab
17.00 Tamat sesi latihan
Hari Ke-2
08.45 – 0900 Kedatangan
para peserta
09.00 – 10.00 Kredibiliti
Pemimpin,
Mengambil Keputusan,
Pemimpin Dan Kuasa
10.00 – 10.15 Minum
pagi
10.15 – 12.45 Kuasa Keserupaan,
Politik Pejabat,
Mempengaruhi Orang Atasan
Gerakerja
12.45 – 14.00 Makan tengahari
14.00 – 15.00 Mempengaruhi rakan
sejawat,
Mempengaruhi orang
bawahan,
Teknik
Mengampu
Gerakerja
15.00 – 15.15 Minum petang
15.15 – 16.45 Menyelesaikan Masalah,
Kesilapan Pemimpin
Kesimpulan / Sesi soal – jawab
17.00 Tamat sesi latihan
Nota : Sesi ini akan diselang-selikan dengan
aktiviti permainan dalaman sekiranya berkesempatan
Kesimpulan
Kesimpulan latihan
untuk mengembalikan ingatan kepada perkara – perkara penting yang telah
diperlajari
Sesi Soal – Jawab
Sesi perbincangan bersama para peserta
Methodologi
Penggunaan
pertunjukan slide, gambaran dan
permainan
1. Kumpulan
sasar : Latihan adalah untuk semua
peringkat kakitangan / pekerja.
2. Bilangan
peserta : 20 - 25 (max)
3. Subjek
: Untuk menerapkan kefahaman tentang kepimpinan dan kemahiran memimpin agar
bersedia untuk melengkapkan diri bagi menyahut cabaran yang mendatang di tempat
kerja.
4. Konsep
: Menggunakan pelbagai cara seperti penyampaian yang ringkas, padat dan
diselang seli dengan permainan dan sebagainya untuk menimbulkan suasana ceria
bagi pemahaman yang lebih mantap.
5. Nota
: Nota akan diberikan dan pemahaman semasa latihan adalah sangat digalakkan.
6. Jangkamasa : 2
hari (16 jam )
7.
Juru-runding Latihan : Kapt Muhd Ismail Mohd Noor
Comments