KEMAHIRAN BERFIKIRAN POSITIF


Pengenalan


Kemahiran Berfikiran Positif merupakan salah satu dari pelbagaian kaedah di dalam bidang pembangunan pengurusan untuk membantu para pekerja meningkatkan roduktiviti dan komitmen pekerja – pekerja bagi mencapai hala tuju dan objetif yang ingin disasarkan.

Kemahiran Berfikiran Positif tidak kurang pentingnya di dalam menghasilkan pekerja – pekerja yang bersemangat dan berkeyakinan di dalam menjalankan pekerjaan seharian ketika mengalami pasang surut di dalam mengharungi liku – liku kehidupan yang kadangkala memberi tekanan sehingga mengganggu-gugat pencapaian mereka di tempat kerja.

Kemahiran Berfikiran Positif  adalah latihan dalaman yang dapat memberi kebaikan kepada semua pihak dari pelbagai bidang atau jawatan kerana ianya berkait rapat dengan diri seseorang individu dan penggunaan kuasa fikiran. Perlu diingatkan bahawa amatlah penting untuk sentiasa melakukan latihan atau amalan bagi meningkatkan penguasaan berfikir secara positif sepenuhnya.

Objektif

Kursus ini adalah direkacipta berdasarkan pengalaman individu di dalam bidang pengurusan selama lebih sedekad. Ianya bertujuan memberi penerangan secara mudah untuk mencapai tahap pemikiran positif kepada individu atau organisasi yang ingin mengenalpasti dan mempraktiskan pemikiran ini di dalam pekerjaan seharian. Para peserta akan memperlajari perkara – perkara asas seperti:

n  Pemahaman tentang kemahiran berfikiran secara positif.
n  Membina hubungan kerja dengan rakan sekerja.
n  Memahami tentang keperluan berkomunikasi.
n  Mengetahui tentang kepentingan produktiviti dan kualiti.
n  Pemahaman tentang pemikiran positif untuk penambahbaikan diri.
n  Memahami tentang kepentingan perkhidmatan pelanggan.
n  Memperlajari tentang pengurusan masa.
n  Memahami tentang kepentingan menjadi pekerja yang efektif.
n  Memahami tentang keperluan semangat berpasukan.
  
Kumpulan Sasar

 Program ini adalah sesuai untuk semua peringkat kakitangan
Konsep Pengajaran
Latihan ini akan dijalankan berkonsepkan suasana yang tidak rasmi, tenang dan ceria. Kaedah ini adalah penting untuk membuatkan para peserta berkeupayaan menenangkan diri dan fikiran dari sebarang tekanan sepanjang tempoh latihan.

Bahan pengajaran berdasarkan kepada penggunaan slide, permainan dan perbincangan akan diseimbangi dengan penggunaan teks latihan.

Beberapa permainan akan diberikan kepada para peserta untuk mempamerkan dan mengamalkan kaedah – kaedah yang dipelajari semasa latihan sekiranya berkesempatan.

Kesimpulan


Kesimpulan latihan untuk mengembalikan ingatan kepada perkara – perkara penting yang telah diperlajari

Sesi Soal – Jawab


Sesi perbincangan bersama para peserta

Methodologi

Penggunaan pertunjukan slide, gambaran dan permainan

1.  Kumpulan sasar :  Latihan adalah untuk semua peringkat kakitangan / pekerja.

2.  Bilangan peserta : 20 - 25 (max)

 3.  Subjek : Untuk menerapkan kaedah pemikiran positif secara konsisten bagi menangani masalah – masalah yang timbul di kehidupan seharian merangkumi pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

4.  Konsep : Menggunakan pelbagai cara seperti penyampaian yang ringkas, padat dan diselang seli dengan permainan dan sebagainya untuk menimbulkan suasana ceria bagi pemahaman yang  lebih mantap.
 
5.  Nota : Nota akan diberikan dan pemahaman semasa latihan adalah sangat digalakkan.

    6. Jangkamasa  : 1  hari (8 jam )

7.     Juru-runding Latihan : Kapt Muhd Ismail  Mohd Noor


Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Y Bhg Datuk Sidik Shaik Osman yang aku kenal