Jadilah Orang Berilmu
Tempuhilah perjalanan hidup ini dengan menjadikan diri ini penuh dengan keilmuan kerana dengan ilmu kita akan lebih memahami akan liku - liku kehidupan, menilai dan memantau setiap tindakan yang diambil akan berhasil dan tiada membuahkan kemunsahan atau kesilapan.
Tiada guna bersuara lantang, memukul gendang kecoh sekampung, mendabik dada akan kehebatan kita tapi di dalam kita kosong tiada berisi. Manusia berilmu biasa memandang kita, membaca kita, melihat perbuatan kita akan fahami dia bahawa kita tiada berilmu, biasa dicantas begitu sahaja. Umpama debu ditepian jalan, berterbangan entah kemana mengikut pukulan angin.
Oleh itu, kenapa kita mesti marah pada manusia - manusia yang menghina kita, meludahi kita kerana kesilapan itu terletak pada badan kita sendiri. Kita telah dihasilkan dengan penuh kesempurnaan tiada cacatnya namun kita angkuh dan sombong merasakan kita boleh menjadi lebih hebat dengan nukilan kita sendiri. akhirnya kita tersimpang jauh dari landasan perjalanan. Tersesat di antara pintu dengan pintu. hilang arah dan pendoman.
Tiada jalan lain melainkan carilah ilmu buat memenuhi dada kita. Orang yang berilmu dipandang mulia, tinggi darjat kerana dia biasa melihat, menganalisis, menghurai dan menyimpulkan sesuatu permasalahan itu secara berhemah.
Jadilah orang sentiasa dahaga ilmu dan berterusan mencari dan mencari ianya di mana - mana.....

Comments