Benarkah kita tahu segalanya?

Benarkah kita mengetahui segalanya ? Segala cerita, segala perkara, segala perbuatan, segala tindakan, segala ungkapan, segala keputusan, segala risiko semuanya sudah diketahui. Setiap percakapan orang dengan segera kami tepis dengan alasan sudah berpengetahuan. Umpamanya ilmu kita cuba dicabar atau terasa tercabar keilmuan kita. Persoalannya ditanya lagi, benarkah kita mengetahui segalanya?

Seandainya itu benar ianya adalah anugerah Tuhan kepada kita sebagai satu kelebihan untuk digunakan buat kebaikan bukannya bermegah mendabik dada 'aku tahu semuanya' atau 'aku sudah cakap' kerana kita hanya insan kerdil buat menumpang di dunia fana ini dan tiada kita berpengetahuan tanpa dididik dan ditunjukajar atau dimaklumkan.

Seandainya itu benar, kuncilah mulut dan lidah, bersyukurlah dengan pemberian ini dan gunalah sebaik mungkin untuk kebaikan dan pembetulan. Jangan diguna untuk kemunsahan dan kehancuran. Berilah pertolongan pada mereka yang memerlukannya dan nasihatilah mereka yang tergelinciran, mereka yang kesilapan secara berhemah dan tenang. Bukan dengan cara mengherdik, menghentak, memekik, menjatuhkan maruah sesiapa. Tugasan kita ialah membimbing dan memimpin ke arah laluan yang benar bukan ke laluan berliku penuh onak berduri.

Seandainya itu tidak tidak benar, tenangkan hati dan kembalilah ke laluan penginsafan. Tiada hukuman tiada tuduhan hanya sekadar peringatan janganlah diulangi kerana memalukan diri sendiri. Terimalah seadanya dan bukalah minda dan hati agar bersedia menerima ilmu di dada. Belajarlah dan berterusan belajar menerima agar benar - benar menjadi orang mengetahui segalanya...


Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Y Bhg Datuk Sidik Shaik Osman yang aku kenal