Apakah Itu 5S?
1. APAKAH ITU 5S
?
Secara ringkasnya singkatan 5S adalah dari perkataan Jepun iaitu
1) SEIRI – simpan
yang penting, asing dan buang yang tidak penting iaitu berasingan.
2) SEITON –
mengaturkan lokasi untuk semua iaitu bersusunan.
3) SEISO – utamakan
kebersihan iaitu bersih.
4) SEIKETSU –
melaksanakan Seiri, Seiton dan Seiso di seluruh organisasi iaitu berpiawaian.
5) SHITSUKE –
memastikan setiap pekerja mematuhi peraturan – peraturan iaitu berdisplin.
1.1 “Housekeeping” dan
Penyelenggaraan
Apabila ada sebarang kunjungan pihak luar untuk melihat sesebuah
syarikat atau organisasi maka pihak pengurusan akan melakukan “housekeeping”
secara intensif untuk memastikan keadaan persekitaran yang indah dan terkawal
bagi mendapat perspektif yang baik. Namun, peninggalan pihak pelawat maka
keadaan akan kembali seperti sedia kala tanpa penyelenggaraan yang berterusan.
Aktiviti ini bagaikan satu budaya yang wajib dilakukan sekiranya ada sebarang
lawatan dari pihak luar dan kesanggupan melakukannya berulang – ulang kali
tanpa memikirkan masa dan kos yang terpaksa dikeluarkan serta secara tidak
langsung akan melemahkan semangat pekerja itu sendiri.
Mengapakah ianya mesti dilakukan sedemikian sedangkan ada pelbagai
kaedah atau jalan yang sesuai untuk mengurangkan pembaziran masa, wang dan
tenaga. Oleh itu, pemahaman tentang maksud “housekeeping” dan penyelenggaraan
adalah penting supaya kerja yang dilakukan dapat dipelihara secara teratur dan
bersistematik.
“Housekeeping” membawa maksud:
1) pengurusan hal
ehwal rumahtangga (Kamus Oxford) atau
2) duit upahan untuk
pengurusan perumahan (kamus Oxford), sedangkan
Penyelengaraan pula bermaksud kerja yang dilakukan supaya setiap
kemudahan dapat dijaga dan dipelihara dengan baik ( British Standard BS 3811).
Oleh itu, kesemua ini adalah mempunyai hubungan secara langsung dengan kegiatan
– kegiatan 5S.
Pengemasan dan pengaturan tempat kerja adalah bertujuan untuk
menjadikan ia tempat yang lebih teratur bukan sekadar lantai yang bersih dan
rak – rak yang tersusun rapi. Tempat kerja yang teratur mempunyai asas ekonomi
yang terancang dimana ia bertujuan untuk mengurangkan kos – kos yang
tersembunyi seperti pembaikian atau pembelian yang tidak perlu dan memantapkan
lagi perkhidmatan.
1.2 Jenis – jenis tempat kerja
Pengurusan yang baik dan penyusunan tempat kerja dipercayai
berhubung kait dengan pencapaian displin yang tinggi di dalam sesuatu
pekerjaan. Jika ada mana – mana bahagian syarikat yang tidak dijalankan dengan
baik maka semua permasalahan yang timbul menjerumuskan kearah pengurusan yang
tidak cekap dan tempat kerja yang tidak bersistematik. Seandainya pengurusan
yang baik dan penyusunan tempat kerja
akan menghasilkan mutu pekhidmatan yang berkualiti dan sebarang
permasalahan yang timbul dimana – mana kawasan atau bahagian akan dapat dikesan
dengan mudah.
Di dalam istilah 5S, terdapat tiga jenis kawasan kerja atau
persekitaran yang dikenalpasti iaitu kelas 1, kelas 2 dan kelas 3 dimana ketiga
– tiga kelas tempat kerja atau persekitaran ini berbeza diantara satu dengan
yang lain.
·
Kawasan Kerja / Persekitaran Kelas 3
Kawasan kerja atau persekitaran yang mempunyai ramai pekerja yang
membuang sampah di merata – rata tempat tetapi tiada seorang pun yang
membersihkannya
·
Kawasan Kerja / Persekitaran Kelas 2
Kawasan kerja atau persekitaran yang mempunyai ramai pekerja yang
membuang sampah di merata – rata tempat tetapi mempunyai sekumpulan pekerja
yang bersama – sama membersihkannya
·
Kawasan Kerja / Persekitaran Kelas 1
Kawasan kerja atau persekitaran yang tiada sesiapa yang membuang
sampah di merata – rata tempat tetapi setiap pekerja bersama – sama menjaga
kebersihannya
Diantara ketiga – tiga jenis kawasan kerja atau persekitaran yang
diatas, yang manakah satu kawasan kerja menjadi idaman kita? Sudah tentu
kawasan kerja atau persekitaran kelas 1.
Petikan dari buku ' Pengurusan 5 S Untuk Semua' oleh Kapt Muhd Ismail Mohd Noor
Comments