Posts

Pelayaran melalui kawasan sejuk Kutub Utara

Pelayaran melalui kawasan sejuk Kutub Utara Aku memperbetulkan kedudukan sambil menarik - narik kolar baju agak kepanasan terwap keluar. Cuaca agak terik dengan silauan mentari memanah tajam ke tanah sehingga terpecah pantulan cahayanya. Sekali sekala kedengaran kereta menderum berlalu. Kicauan beburung  sayup kedengaran mengalun irama ketenangan. Wajahnya tenang sambil jari jemarinya pantas menyediakan rokok kertas gulung. Sekali sekala beliau  menggaru kepalanya yang dipenuhi rambut keputihan. Aku merenunginya. Terasa belas dihati melihat perubahan pada dirinya. Suatu masa dulu beliau tegap dan pantas namun kini sebaliknya walaupun suara masih mantap dan  pemikiran yang  masih tajam. Rokok yang siap diserahkan padaku sambil beliau membaluti sebatang lagi untuk dirinya. Rokok yang diberikan kemas dipegang dek jejariku sabar menanti kesiapan rokoknya untuk menikmati keharuman tembakau kesukaanya. Suasana begini mengeratkan lagi  perhubungan kami antara m...

Evening disembarking from MV Danum 160

Hurtwood House

Image
In the middle of reorganizing the album where came across with the long photo where it recalls all the memories during the times.
Jam berdetik tepat pukul 1.25 pagi ketika aku melabuhkan diri diatas kerusi bot setelah menyelesaikan tugasan rutinku. Serang bot terus memecut laju membelah lautan sambil dihempas manja dek pukulan angin daratan menghala ke arah pelabuhan. Sibulan tersipu malu berselindung dibalik awan kehitaman. Sinaran sang bintang - bintang di dada langit hilang entah kemana. 'Semacam saja cuaca malam nie..kapt....cam nak hujan lebat nampak...' Halim bersuara sambil tangan tangkas melayani stering bot. 'Tu la Halim....nampak - nampak cam tu la.halim...' aku membalas sambil mata liar memandang ke langit di dalam kegelapan. Aku terasyik melayani kehendak fikiran sehingga jauh pengembaraan melepasi alam pemikiran dan hanya  tersedar diri bot sudah menghampiri jeti dimana aku bergegas ke arah motorsikal setelah melompat turun dari bot. Suasana sunyi diselubungi hembusan angin sejuk membuatkan bulu roma tegak mencari kehangatan. Aku menyelusuri jalan besar setelah keluar dari kawas...

Ready to be climbed up : MV KOTA MACHAN

Image

Inginku nikmati keindahan bulan dan bintang

Itu keinginanku dikala alam persekolahan. Kekadang aku bersendirian diluar halaman rumah dikala hening malam sambil mata memandang sinaran taburan bintang dilangit. Jauh fikiran melayang. Terasa ketenangan bersarang dihati. Teringin jua hati terbang melayang jauh ke langit umpama burung menikmati keindahan ini. Maka aku mula merancang sendirian. Pengaruh filem barat dan komik mula menular difikiran. Baju, kain pelikat, kasut bot stail 'John travolta' dan topeng aku kenakan. Seolah2  berkemampuan untuk terbang ke angkasa umpama 'Superman'. Namun aku tetap ditanah. Pelbagai cara aku usahakan agar diri terbang melayang. Tikar terbang, kerusi angkasa, batu dikaki, roket dan bermacam - macam doa aku usahakan dari satu pengkajian ke pengkajian lain melalui buku dan pertanyaan namun aku masih ditanah. Sebenarnya aku telah pun 'terbang' melayang secara ilimiah dengan pelbagai usahaku selama ini. Sikap inilah yang menjadi senjataku untuk terus maju kedepan dimana...

Piloted Spectrum Of The Seas out of Penang waters