Posts

Aku redha seadanya

Seingat aku ketika aku kecil aku banyak membisu. Aku banyak mendengar, melihat dan memperhati. Walaupun aku dilahirkan sihat namun aku tiada tenaga seusia aku jadi aku sering dibuli. Namun aku berterusan memilih untuk membisu. Ketika memasuki alam pembelajaran, aku mengikuti abang - abangku pergi ke tadika bertempat disebuah bangunan kepunyaan Persatuan Budha Pulau Pinang. Masih segera difikiran ini ketika waktu rehat aku lebih suka berdiri di sebuah tempat pancutan air yang menempatkan banyak ekor  kura - kura yang bersaiz sederhana. Wajah guru -guru tadika yang berbangsa cina terutamanya seorang guru lelaki masih samar - samar terbayang diingatku. Pemergian abang - abangku ke alam persekolahan membuatkan aku terpaksa berpindah kesebuah tadika lain yang dibina diatas tanah sebuah gereja. Masih segera difikiran ini ketika aku terpaksa berselipar ke tadika kerana kaki aku luka akibat berendam di dalam kolah. Aku dimarahi ibuku kerana mengambil masa yang ...

Mengapa perlu berpura pura, siapakah yang cuba kita tipu?

Orang yang berdosa ialah orang yang  bersalah.Orang  bersalah perlu di adili di mahkamah.Mahkamah pengadilan itu ada tiga: Pertama: Mahkamah dunia  yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya ialah  manusia.Acap kali dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia di perdaya.Justeru sering kali yang bersalah terlepas, sebaiknya yang benar pula  terhukum.Lalu , masyhurlah kata orang yang bijaksana bahawa tidak ada keadilan yang mutlak didunia ini. Kedua: Mahkamah Akhirat  yang hakimnya ialah Allah Yang Maha  Adil.Di  sana nanti, yang benar pasti menang, yang salah pasti  kalah.Akan  ketara segalanya walau sepandai mana sekalaipun bersilat  kata.Saksi  dan bukti sangat autentik dan tidak dapat dipertikaikan  lagi.apa  yang ada pada diri akan ‘hidup’ untuk menjadi saksi dan  pendakwa.Kulit , tangan,kaki dan segalai anggota akan menjadi saksi. Ketiga: Mahkamah Hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya ialah hati...

Perbadanan Nasional Shipping Lines (PNSL) dalam kenangan

Image

Pilihlah Sikap Yang Sedarhana Oleh DrMaza.com

Solat Tarawih 20 ataupun 8 rakaat adalah persoalan khilaf dalam kalangan sarjana Islam. Sikap yang sederhana tidak akan menyatakan mana-mana pihak tertolak solatnya hanya kerana lapan ataupun dua puluh. Istilah tarawih itu sendiri hanya digunakan selepas zaman Nabi s.a.w. Dalam hadis digunakan ialah 'قام رمضان' iaitu Qiyam Ramadan. Para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir. Antaranya, pendapat yang menyatakan empat puluh satu, tiga puluh sembilan,  dua puluh sembilan, dua puluh tiga, tiga belas dan sebelas. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau: مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً “Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Apapun, bab ini khilaf dalam kalangan ul...

Small but meaningful sourvenir

Image
The souvenir was given by my son who sign-off from his 8 months  Europe voyage vessel. i may not be using the product but his remembrance of me through it carried a lot of weigh.

Hotel Laman Sari Shah Alam

Image
Keputusan bertolak ke selatan untuk acara tersebut mesti dibuat segera termasuk penginapan satu malam di hotel di Shah Alam yang berdekatan dengan tempat yang dituju Tempahan mesti dibuat pada 3hb April 2016 agar tiada terganggu perancangan nanti. Semasa proses pencarian bilik penginapan, harga menjadi pilihan utama kerana perlu keluar seawal 6.30 pagi pada 4hb April dan sekadar untuk melepaskan kepenatan.  Tawaran Hotel Laman Sari untuk bilik 'budget'  sebanyak  RM75.00 semalam menarik minat dan lokasinya yang berdekatan dengan tempat yang hendak ditujui.  Urusan tempahan dan pembayaran penuh diselesaikan agar tidak mendatangkan sebarang gangguan setibanya disana nanti. Perjalanan ke Kuala Lumpur pada pagi 3hb April agak tenang walaupun agak banyak kereta yang menghala kearah selatan.  Sertibanya di Shah Alam pada pukul 2.00 petang terus mencari lobi hotel untuk pendaftaran masuk. Lokasi mudah dicari namun papan tandanya mengelirukan. Agak terkejut menda...

Terkenang waktu dulu : Jepun

Image