Posts

Kesempatan

Setiap orang akan mengambil kesempatan yang datang, mendatang, terdatang kepadanya untuk dirinya, keluarganya dan apa saja sebagai jalan pintas untuk mencapai apa yang dihajati atau diingini. Kesempatan boleh menjadi kebaikan atau keburukan berdasarkan kepada orang yang mencapainya. Kekadang kita terlupa dengan percubaan memiliki kesempatan ini, kita menidakkan hak orang lain, peluang orang lain atau menyusahkan orang lain. Kita berbangga pencapaian kita. Namun kita terlupa atau sengaja buat - buat terlupa bahawa setiap perbuatan itu ada pembalasannya samada ianya baik atau buruk dan bila masanya tiada siapa yang mampu menjangkanya. Jadi, fikirlah sebelum perjalanan kita terhenti..........

Dimanakah permataku?

Dimanakah kau permataku? Tercari -cari dan mencari - cari aku namun tiada kutemui. Dimanakah kau 'bersembunyi', 'tersembunyi' sehingga payah terlihat, terpandang dek mataku. Pelbagai kulakukan agar terjumpa akan kau namun masih samar - samar. Sejauh aku berjalan, semakin dekat terasa menghampirimu namun buntut jua jawapannya. Tersalah jalankah aku, tersilap gerakkah aku ? Kembalilah kepangkalanlah akan apa yang dicari dan mencari akan dapat dijumpai, dikupasi.

Dimanakah kedudukan kita ?

Kita yang berhak terhadap diri kita dan kedudukannya. Ke kiri, ke kanan, ke bawah, ke atas ke tepi, terbalik, terlentang semuanya terserah kepada kehendak kita sendiri. Seandainya kita berkata mahu beratas dan berusaha kepadanya, maka diataslah kedudukan kita. kekadang tingkahlaku kita menggambarkan kemahuan kita. Maka jangan menyalah sesiapa seandainya kita dikritik kerana kedudukan kita kerana kita yang memilihnya. Maka berkemahuanlah dan berfikirlah sebelum bertindak.....

Siapalah sudi?

Siapalah yang sudi membaca penulisanku? Siapalah yang sudi memahamiku? Siapalah yang sudi mendalamiku? Siapalah yang berjalan bersamaku? Mencari dan mencari permata intan yang tersembunyi. Aku mencuba berbahasa, berkata -kata namun pukulannya amat terasa. Aku membisu. Aku kaku. Aku kembali keraguan. Mencari penyelesaian. Kekadang lebih baik memdiam bisu dari memecah kaca permata dimata. Biarlah aku berjalan dengan pergerakanku sendirian, pemahamanku tersendiri. Namun kalau yang sudi, aku lebih berkesudian. Namun, aku sedar aku hanya insan kerdil dengan pemahaman yang tiada seberapa. Aku pasrah. Aku terima seadanya. Aku tetap aku bersamanya aku berjalan.

Dimanakah kedudukanku ?

Aku membisu. Aku mendiam. Aku termenung. Aku mencari. Pergerakanku terhenti. Fikiranku jauh menjunam. Membelah dan mencari. Berterusan dan terus berterusan. Jauh menikam ke dalam. Jauh melayang ke langit tinggi bagai menuju ke angkasa luas. Aku tercari-cari, berterusan mencari. Penulisanku terkaku. Pemahamanku tercabar. Kejujuranku diuji. Aku bagai dipukul ombak yang tiada tahu dari mana arahnya. Menghentam dan menghempas bertalu-talu. Aku tenggelam seketika. Tiada menduga menerima pukulan yang tiada dijangka. Kejujuranku, kesabaranku dan kefahamanku dihentak sesuka hati. Aku membangun diri dengan kudrat yang hanya tinggal sisa. Aku membela dan berjuang untuk kebenaran bukan kemenangan. Tanganku, kakiku, hatiku terketar menerima pukulan sedemikian. Aku berterusan membela jasadku, diriku untuk yang benar dan terbenar. Akhirnya berkesudahan dengan kepiluan bersarang dihatiku. Namun, aku terima seandainya ianya untukku. Untuk mencubaku, mendugaku. Pukulan hebat akhirnya meninggalkan kesan...

Benarkah kita boleh memimpin?

Benarkah kita boleh memimpin? Kearah dan tujuan manakah kita memimpin? Apakah kelengkapan dan persediaan sudah sedia, tersedia untuk memimpin? Setiap orang boleh memimpin namun bagaimanakah ia harus dijalankan, dilaksanakan ? Anggota badan yang dipimpin tiada menjerit, tiada menolak, tiada membangkang mengikuti, menuruti kemahuan, kehendak kita menjalani jalan yang dipilih, yang terpilih walaupun ianya salah, tersalah, merugikan. Kita berterusan menjalani jalan kita. Tanpa mengenangkan keluhan, pengorbanan anggota badan memenuhi keperluan kita tanpa banyak persoalannya. Kita mungkin terlupa di saat memimpin bahawa apa yang pada kita hanya pinjaman semata - mata. Bukan milik kita. Seharusnya kita sedar dan tersedar bahawa pinjaman ini tiada kekalnya akan kembali keasalnya. Kepemimpinan kita kelak akan dipersoalkan, dipertanggungjawabkan. Setiap yang memimpin akan dipertanyakan kepemimpinannya. Fikirkanlah....

Benarkah kita melihat ?

Benarkah kita melihat apa yang dilihat? Atau hendak melihat apa yang mahu dilihat? Atau melihat yang terlihat saja? Atau melihat apa yang tiada terlihat? Melihatlah dengan segala kelengkapan yang telah diberi. Melihatlah segala yang ada, terada, diada sebelum tiada terlihat selamanya. Rugi seandainya kemudahan diberi tiada digunakan, dipaktiskan, dipakaikan untuk tujuan pemahaman, keyakinan, penyerahan dan kesedaran. Melihatlah apa yang ada, dihadapan, dibelakang, dikanan, dikiri dan semuanya dengan keinsafan dan kesedaran. Melihat dengan penyerahan dan kesedaran akan bertambahlah penglihatan akan apa yang terada setelah ditiadakan, dihalangkan dan dihilangkan. Akan terpancarlah penglihatan melihat dan berterusan melihat rahsia - rahsia apa yang tersimpan, tersembunyi dari pandangan sebelum agar meningkatlah pemahaman dan kesedaran akan perkara-perkara yang tiada kepada ada, terada dan diadakan. Melihatlah dengan kesungguhan, keyakinan agar perjalanan hidup akan berisi dan bertambah ...