Posts

Sedarkah kita ?

Sedarkah kita sudah sesaat berlalu sepi tanpa halangan, tanpa kelewatan ? Sedarkah kita sudah sesaat beredar tanpa membawa kebaikan yang terbaik diusahakan kita ? Sedarkah kita sudah sesaat hilang dan berterus menghilang tanpa sempat kita mencapai, tercapai kesungguhan kita membuah kebaikan dan keuntungan ? Sedarkah kita sudah sesaat kita kerugian sekiranya pergi tanpa hasil yang menguntungkan ? Sedarkah kita sudah sesaat ia lenyap dan melenyap membawa catatan sejarah yang mengisahkan kehidupan kita ? Sedarkah kita atau kita merasa, terasa, terlupa, berpura - pura terlupa atau alasannya masih banyak lagi sesaat yang lain ? Sedarkah kita setiap sesaat itu penting, amat terpenting di dalam merancang perjalanan kehidupan ini ? Sedarkah kita setiap sesaat itu akan dipertanggungjawabkan menjadi saksi perbuatan, perlaksanaan, perjalanan kita ? Sedarkah kita akan menyesal, tersesal hati dipukul keresahan akibat kehilangan sesaat tanpa hasil yang terbaik dari kita ? Sedarkah kita pemergian ses...

Tahap pemikiran kita

Dimanakah tahap pemikiran kita apabila kita sengaja atau tersengaja atau buat - buat tersengaja melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan prinsip diri, keluarga dan masyarakat di dalam mencari jalan singkat untuk kepentingan diri kita sendiri. Seandainya kita boleh melakukan perkara tersebut maka berhak juga manusia lain untuk serta berbuat perkara sama namun kebanyakan yang lain memilih untuk berterusan mematuh pegangan dan aturcara perjalanan perundangan dan kehidupan. Apabila ditegur atau dikata pemikiran kita berada, terletak di kelas 3 maka melompatlah, terlompatlah kita naik angin, geram, membela dan berkeras menegakkan kebenaran diri. Benarkah kita sekiranya lampu merah masih berjalan dan bersanggupan membelok, mencelah, mencuba pelbagai cara agar terlepas juga baik yang berserban, yang bertarbus, yang berketayap, yang bermekap, yang muda, yang tua, semuanya berkelakuan serupa mementingkan diri sendiri. Benarkah kita seandainya bergerak melawan arus jalan sehala? Benark...

Pemandangan yang menenangkan

Image
Keindahan pemandangan lautan menyenangkan hati, jiwa dan perasaan yang terguris, terluka, terganggu, terusik oleh pelbagai dugaan, cubaan dan cabaran. Keindahan lautan, deruan angin, bisikan ombak, pamparan awan menarik, menjemput mata dan hati turut menikmati ketenangan. Renungilah dengan fikiran dan hati terbuka agar kembali ketenangan bersarang memecah kebuntuan yang menghalang perjalanan kehidupan. Bertenanglah........

Yakinlah

Yakinlah pertolongan pasti mendatang dikala kesedihan, kepiluan, keresahan, kesakitan, kepayahan bersarang dijiwa. Kekadang tanpa diduga, disedari ianya menyelesaikan, membukakan, melepaskan segala kepayahan sepintas lalu. Apabila terlepas sudah segala keperitan, kita mudah terlupa dan pura - pura melupa pertolongan, bantuan yang diberi. Malah mendabik dada, berbangga diri semua selesai akibat usaha sendiri. Tiada sukar untuk 'melihat' atau 'menyedari' pertolongan yang mendatang dengan hanya sedikit pemikiran dan kesedaran. Sungguh molek dan indah kalau disedari bantuan yang diberi mencelah dikala kepayahan membelit hati dan jiwa. Setiap insan mempunyai permasalahan dan penyelesaian di tempat dan masa yang tersendiri. Selagi bernyawa dan bertenaga perlu berusaha mencari dan berterusan mencari penyelesaian kebahagiaan dan ketenangan. Berbekalkan kesabaran dan ketenangan tempuhilah segala dugaan dan cabaran yang mendatang dan yakinlah pertolongan pasti TIBA....

Jangan bersedih

Seandainya kita dilanda duga dan kecewa bersabarlah. Seandainya kita dipukul badai dugaan, dihempas ombak keperitan bersabarlah. Seandainya penantian kita tiada penghujungnya, pengharapan kita tiada penyelesaiannya bersabarlah. Setiap yang bermula akan berakhir, setiap yang hilang pasti berganti, setiap yang berkepayahan pasti berkesenangan. Maka berSABARlah di dalam melalui perjalanan kehidupan ini. Berbekalan kesabaran akan memudahkan penerimaan kita akan pukulan, hentakan, hentaman dan hempasan onak - onak dugaan dan cabaran. Kekadang di dalam kita bersabar menempuh dugaan ini, pegangan hidup kita selama ini terasa dan merasa tercabar dan dicabar berterusan sehingga meluap - luap keresahan, kemarahan, kekecewaan kita. Mahu saja dihentikan semua ini, mahu diubah semua ini, mahu ditolak semua ini, mahu dihalang semua ini, mahu diputarkan semula semua ini. Namun persoalannya ialah mampukah kita berbuat sedemikian ? Siapakah kita yang berkeupayaan melakukan sedemikian ? Maka sebaiknya j...

Fikirkan yang terbaik

Fikirkan yang baik dan yang terbaik untuk diri kita. Janganlah memikirkan yang negatif dan ternegatif untuk kita kelak terjadilah acuannya apa yang difikirkan. Kita adalah kita dan berhak dan terhak menentukan keseluruhan pada diri kita. Sekiranya kita fikirkan diri cerdik dan pandai, maka akan berlumbalah sistem badan menampakkannya apa yang difikirkan dan sebegitulah perjalanan seandainya difikirkan sebaliknya. Bagaimanapun maksudnya sekiranya difikirkan pandai secara automatiknya kita pandai. Bukan penyelesaian sedemikian. Ianya lebih membentuk kearah memovitasikan diri kita sendiri. Perumpamaannya kita membayangkan, memikirkan kita ini cantik dari segi percakapannya, maka akan terhasillah pertuturan yang baik dan tersusun dari mulut kita sendiri. Malah kita sendiri akan mencuba berbuat dan belajar yang terbaik untuk menghasilkan yang terbaik. Maka secara tidak langsung kita berjaya mengucapkan pertuturan yang baik. Diri kita adalah apa yang kita fikirkan. Bodoh fikir kita, bodohlah...

Dengar dan mendengar

Sudi-sudikan diri kita mendengar dan mencuba mendengar perkara yang hendak diberitahu baik teguran atau nasihat yang kekadang amat menyakiti, bertentangan dengan kemahuan hati kita. Biarpun salah, tersalah, menyalah, diri kita kita yang punya dari hujung sampai ke hujung kaki, maka tiada yang lain berhak atau terhak mengajar, menunjuk kesilapan, menujuk kebenaran. Ingatlah sehebatnya mana diri kita, secantiknya mana diri kita, sepandainya mana diri kita, ini semua hanyalah sementara kelak akan hancur dimamah usia. Sesungguhnya kita telah diberi kelebihan, keistimewaan untuk membina, membentuk acuan diri mengikut kehendak, kepuasan sendiri. Namun, apabila tersasar dari perjalanan kehidupan maka diberi amaran melalui percakapan, perbuatan dan kejadian agar kita kembali ke laluan yang sebenar. Sekiranya semua nasihat dan teguran telah ditolak, maka janganlah kita berdolah-dalih mencari alasan membela diri di kemudian hari. Janganlah pula menyesal dan menyalah diri kerana semuanya sudah te...