Posts
Showing posts from March, 2018
Rumah 'usang'ku The Spring
- Get link
- X
- Other Apps
Masih segar dibenakku, kepenatan seharian kehulu kehilir bermotosikal hingga menyeberang jambatan buat mencari rumah idaman kami walaupun beliau berbadan dua tanpa disedari. Mulanya persetujuan dicapai, sebuah rumah di Padang Lalang menjadi pilihan namun tangisan ibu mengubah pendirian dan pencarian diusahakan lagi. Ketika menyusuri Lebuhraya Jelutong, mata terpandang bangunan putih berdiri megah. Hati berdetik suka. Berbagai cara dan usaha agar dapat memilikinya. Pelbagai rintangan mendatang hingga menitis air mata sebak melayani kerenah bank bermacam cara. Akhirnya berkat bantuan kekawan dan usaha tanpa lelah dapat jua memiliki rumah usangku.
Copthorne Orchid Hotel Penang
- Get link
- X
- Other Apps
Layanan mesra para pekerjanya secara keseluruhan menyenangkan hati. Bilik nampak usang walaupun dilakukan beberapa penambahbaikan. Bilik mandi dan tandas sentiasa dijaga bersih namun kelihatan tompokan kotoran pada beberapa tempat. Pengunaan tap air sejuk dan panas untuk mandi amat membimbangkan terutamanya pada mereka yang tidak perasaan akan kegunaannya kerana pada permulaannya air sejuk dan tiba tiba air menjadi panas. Jamuan sarapan pagi secara bufet walaupun tidak banyak pilihan namun memuaskan hati dari segi penyediaan, rasa dan suasana dewan makan yang tidak terlalu padat dan selesa. Walapun kolam renang untuk kanak kanak dan dewasa nampak terlalu ringkas dan kecil namun ianya memudahkan pengawasan terhadap pergerakan kanak kanak di dalam kolam. Pantainya sedikit mengecewakan kerana boleh dikatakan agar sedikit tercemar. Lokasinya berdekatan dengan beberapa kemudahan lain seperti kedai makanan, bank, kedai runcit dan sebagainya.
The pleasant evening with Mr Johan, Mr Lubbis and Puan Khoo
- Get link
- X
- Other Apps
I appreciated and was very pleased to meet up with Mr Johan Razak, VP, Khazanah Special Projects, Puan Khoo Salma Nasution, well established author, publisher and owner of Areca Books and her husband, En Abdur Razzaq Lubis, the well known journalist and author which occur on 11th of Mac 2018 at 2230hrs in the premise of Chulian Grand hotel. Once asked on my book, 'Penang Harbour Pilot' ,' if you do not focus on the royalty, sales and audiences of the book...what is your main objective of it?'...my simple answer was 'Most or i can say all of the people do not really know about the 'Harbour Pilot' which is the one of the oldest job in the world. I also believe that you, yourself may no clues about it. What would really comes in their mind is the 'Air Pilot'. Therefore, they do not appreciate the Harbour Pilot' s involvement in the society especially in marine industry. Therefore, i feel it is our duty to educate them about the pilot'...
Percetakan Bukuku 'Penang Harbour Pilot'
- Get link
- X
- Other Apps
Kegagalan demi kegagalan yang aku terima apabila usahaku untuk mencetak buku tersebut ditolak dengan pelbagai alasan. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dan ianya bukan cerita sensasi ataupun menjadi popular. Namun semangatku masih kental berusaha mencari jalan agar ianya dapat dicetak walaupun dengan wang pencarianku.