Aku redha seadanya
Seingat aku ketika aku kecil aku banyak membisu. Aku banyak mendengar, melihat dan memperhati. Walaupun aku dilahirkan sihat namun aku tiada tenaga seusia aku jadi aku sering dibuli. Namun aku berterusan memilih untuk membisu. Ketika memasuki alam pembelajaran, aku mengikuti abang - abangku pergi ke tadika bertempat disebuah bangunan kepunyaan Persatuan Budha Pulau Pinang. Masih segera difikiran ini ketika waktu rehat aku lebih suka berdiri di sebuah tempat pancutan air yang menempatkan banyak ekor kura - kura yang bersaiz sederhana. Wajah guru -guru tadika yang berbangsa cina terutamanya seorang guru lelaki masih samar - samar terbayang diingatku. Pemergian abang - abangku ke alam persekolahan membuatkan aku terpaksa berpindah kesebuah tadika lain yang dibina diatas tanah sebuah gereja. Masih segera difikiran ini ketika aku terpaksa berselipar ke tadika kerana kaki aku luka akibat berendam di dalam kolah. Aku dimarahi ibuku kerana mengambil masa yang ...