Pilihlah Sikap Yang Sedarhana Oleh DrMaza.com
Solat Tarawih 20 ataupun 8 rakaat adalah persoalan khilaf dalam kalangan sarjana Islam. Sikap yang sederhana tidak akan menyatakan mana-mana pihak tertolak solatnya hanya kerana lapan ataupun dua puluh. Istilah tarawih itu sendiri hanya digunakan selepas zaman Nabi s.a.w. Dalam hadis digunakan ialah 'قام رمضان' iaitu Qiyam Ramadan. Para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir. Antaranya, pendapat yang menyatakan empat puluh satu, tiga puluh sembilan, dua puluh sembilan, dua puluh tiga, tiga belas dan sebelas. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau: مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً “Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Apapun, bab ini khilaf dalam kalangan ul