Keputusan bertolak ke selatan untuk acara tersebut mesti dibuat segera termasuk penginapan satu malam di hotel di Shah Alam yang berdekatan dengan tempat yang dituju Tempahan mesti dibuat pada 3hb April 2016 agar tiada terganggu perancangan nanti. Semasa proses pencarian bilik penginapan, harga menjadi pilihan utama kerana perlu keluar seawal 6.30 pagi pada 4hb April dan sekadar untuk melepaskan kepenatan. Tawaran Hotel Laman Sari untuk bilik 'budget' sebanyak RM75.00 semalam menarik minat dan lokasinya yang berdekatan dengan tempat yang hendak ditujui. Urusan tempahan dan pembayaran penuh diselesaikan agar tidak mendatangkan sebarang gangguan setibanya disana nanti. Perjalanan ke Kuala Lumpur pada pagi 3hb April agak tenang walaupun agak banyak kereta yang menghala kearah selatan. Sertibanya di Shah Alam pada pukul 2.00 petang terus mencari lobi hotel untuk pendaftaran masuk. Lokasi mudah dicari namun papan tandanya mengelirukan. Agak terkejut menda...