Y Bhg Dato' KM Teh : Contoh Ciri Pemimpin Yang berkualiti
(True event experienced by the author) Setelah sekian lama berfikiran, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuat pembiayaan semula rumah dengan sebuah bank tempatan demi menyelesaikan beberapa permasalahan yang mesti diselesaikan sekadar segera. Dimana proses dokumentasi ini memerlukan kebenaran dari pihak pemaju perumahan yang terkemuka iaitu IJM yang mempunyai cawangannya di Pulau Pinang yang diketuai oleh seorang wanita yang berjawatan sebagai Pengurus Besar. Segala isu dokumentasi ini diserahkan pada pihak peguam rumah untuk diselesaikan dengan pihak IJM Setelah hampir sebulan berlalu namun tiada sebarang berita tentang penyelesaian dokumentasi tersebut. Aku mulai resah kerana pihak bank masih tidak dapat melepaskan pembayaran seperti yang telah dipersetujui. Jawapan yang diterima amat mengewakan dimana pihak bank dan peguam rumah menjelaskan bahawa mereka telah mencuba seberapa segera untuk mempercepatkan proses ini tapi ianya masih berada ditanga...