Suara'KU'
Aku terhenti. Pukulan dihati kecilku terasa pedih sekali. Aku bingung. Aku pandang kebelakang. Memoir lama bermain difikiran. Segar. Bagaikan semalam kejadiannya. Aku gembira. Aku bahagia. Kerjayaku dihargai. Percakapanku dihormati. Penghasilanku dipuji. Duniaku indah bagaikan tjada pengakhirannya. Kini semuanya berlainan. Aku pandang sekeliling. Aku terkelu. Penyesalan mulai bersarang dihati. Segala percakapanku tiada dipandang bagaikan menumpang melepas lelah. Aku diherdik. Aku disakiti. Sedangkan aku tiada berdendam bermusuhan. Aku kebingungan. Air mata hati kecil mulai terhasil. Menyentap emosiku. Ketenanganku mulai tercalar. Suara suara yang kedengaran dari pelbagai arah bagaikan lembing - lembing berterbangan menusuk kalbu. Walaupun yang muncul membawa kebaikan namun kini terpelihat kehitaman semuanya. Aku dipersimpangan jalan. Perlukah aku meletak segala persenjataanku dan keluar dari perjalanan ini atau berterusan berjalan bersertakan sabar dan ketenangan menempuh duri