Rumah Perkampungan Melayu Melaka
Kami selesai menjamu selera di Api Api - Steam and Grills sekitar pukul 5 ptg dan kami tiada perancangan untuk pergi ke mana mana destinasi. Maka kami rasa lebih baik pulang ke hotel untuk merehatkan diri. Semasa dalam perjalanan pulang, kami ternampak perkampungan melayu bersebelahan sungai Melaka. Maka kami pun membelok masuk untuk melihat dan menikmati keindahan dan kecantikan perumahan yang terdapat disitu. Sehingga kami dijemput naik oleh salah seorang pemilik rumah tersebut.