Sekolah Menengah Hamid Khan : Pengalamanku
Aku terkaku sebentar apabila menerima surat dari Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa aku ditempatkan di Sekolah Menengah Hamid Khan untuk tingkatan 1 tahun 1981. Sekolah tersebut yang berada lebih kurang 2 km dibelakang rumahku dimana abang keduaku, Isyak berada di tingakat 3 ketika itu. Aku terdiam bukan kerana aku takut atau tidak mahu ke sekolah tersebut namun terasa kehilangan kawan - kawan sepermainan sekolah rendahku yang kebanyakannya ditempatkan di sekolah menengah yang berdekatan dengan rumah masing masing. Aku maklumkan pada bapaku akan perkara tersebut dan beliau hanya tersenyum mendengarkannya kerana bersangkakan aku akan ditempatkan di sekolah menengah yamg lain. Pada suatu petang pada penghujung bulan Disember 1980, bapaku te ah membawa aku ke sekolah tersebut untuk urusan pendaftaran masuk dan setelah selesai pendaftaran tersebut, ketika sedang turun tetangga, bapaku hampir tergelincir dan apabila beliau dapat menimbangi badannya semula, beliau mengeluh' Peli...