Posts

Showing posts from February, 2010

Fokuskan pada kerja

Mengapa perlu membazirkan suara dan tenaga buat mempertikaikan pencapaian orang lain sedangkan pencapaian tidak seberapa. Kenapa perlu mengkritik orang lain sedangkan diri kita tiada perubahan. Pi mai pi mai tang tu jugak. Fokuskan pada diri sendiri, pencapaian sendiri dan pekerjaan sendiri. Buatlah yang terbaik kerana masa tiada berulang.....

Sedarkah kita?

Kita sedang memilih jalan kita sendiri. Percaturan kehidupan ditangan kita sendiri. Jatuh tersungkur kita sendiri yang memikulnya. Semakin hari semakin jauh dari kebenaran. Nun di sana ternampak kepuasan, kenikmatan, kejayaan melambai dihujung ufuk. Fikirlah, renungilah sebelum jauh berjalan akhirnya hampa jua dipenghujung jalan. Sedarkah kita kemana arah perjalanan kita? Renungilah..........

Gelombang emosi

Apakah itu gelombang emosi? Gelombang emosi adalah putaran emosi manusia seperti sedih, gembira, percaya, yakin dan sebagainya yang menyelubungi emosi seseorang ketika menghadapi sesuatu keadaan atau tekanan pada jangkamasa yang pendek atau panjang. Oleh itu, penulis berpendapat bahawa gelombang ini akan berputar bagaikan sebuah roda di dalam diri setiap manusia dan penulis memanggilnya 'Gelombang Emosi'. Contohnya, apabila pengurusan sesebuah organisasi itu telah membuat polisi atau garispanduan agar setiap para pekerja mematuhinya bagi penghasilan pencapaian yang terbaik ke arah objektif dan sasaran organisasi. Pada permulaannya, para pekerja percaya kepada pengurusan dengan memberi perkhidmatan yang dikehendaki. Sepanjang proses perkhidmatan tersebut, para pekerja akan melihat dan merasai perhubungan yang terhasil bagi pemacuan dan kesefahaman bersama. Sekiranya pengurusan bertindak dengan ketelusan dan kebijaksanaan maka gelombang emosi yang bermula dengan kepercayaan akan