20 June 2009

Apa sudah jadi dengan kita?

Apa sudah jadi dengan kita?
Tidak kira apa bangsa,
Rata – rata sudah jadi macam orang tidak tentu hala,
Memandu kereta macam jalanraya kita yang punya,
Langgar lampu isyarat langgar orang macam perkara biasa,
Kemalangan kecil kemalangan maut selalu menjadi bahan utama,
Sampai naik pening kepala pihak berkuasa,
Mencari – cari penyelesaian yang terbaik untuk semua,
Pi mai pi mai tang juga,
Kita duk buat perangai tu juga.

Apa sudah jadi dengan kita?
Tidak kira peringkat usia,
Bergaduh sana bergaduh sini macam tidak ada kerja,
Pukul sana pukul sini macam dunia ini kita yang punya,
Orang kebanyakan yang menjadi mangsa,
Kesian pada pihak berkuasa,
Tak habis kerja lama bertimbunlah kerja baru pula.

Apa sudah jadi dengan kita?
Mana pergi budi dan bahasa?
Mana pergi sikap bertolak ansur dan peramah semua?
Bercakap pandai perlajaran tinggi bergulung-gulung ijazah semuanya ada
Tapi di mana sikap kemanusiaan semua?

Apa sudah jadi dengan kita?
Memang benar masa tidak menunggu sesiapa,
Curilah sedikit masa untuk berfikir seminit dua,
Kemana pergi budi bahasa peradapan dan kesopanan semua?
Sempat untuk berubah kerana peluang masih ada,
Tanyalah apa sudah jadi pada semua?

18 June 2009

Pemandangan indah di angkasa

Keindahan letupan supernova benar -benar mengagumkan dan memukaukan mata - mata yang memandang.

17 June 2009

Pemandangan yang menyenangkan


Keindahan pemandangan diwaktu syuruk mendatangkan ketenangan dihati dan mententeramkan jiwa.

Pemandangan yang unik

Dua buah kapal yang sedang bersandar di dermaga bagaikan dua kereta yang diletak berhampiran di dalam lot 'parking'.


Pemandangan yang terlepas pandang

Sebuah rumah lama di Pulau Pinang yang tersepit dicelah bangunan - bangunan pemodenan yang rancak dibangunkan.

Pemandangan yang jarang-jarang berlaku

Sebuah kapal Tentera Laut Asing sedang ditolak oleh kapal tunda untuk disandarkan di dermaga Pelabuhan Pulau Pinang.

11 June 2009

Apa sudah jadi?

Apa sudah jadi? Kita berlumba - lumba menjauhi diri dari perjalanan yang benar lagi betul.
Apa sudah jadi? Kita berusaha mencapai perkara yang tiada kekal abadi.
Apa sudah jadi? Kita menipu diri untuk perkara yang bersalah.
Apa sudah jadi? Kita berkata tiada kebenaran, berbuat yang salah demi kepentingan diri.
Apa sudah jadi? Kita menghancurkan, memunsahkan, menyusahkan kehidupan makhluk lain untuk kesenangan diri.
Apa sudah jadi? Kita ketawakan mereka yang benar, menangkan mereka yang jahil.
Apa sudah jadi? Kita berlagak seolah kehidupan ini milik seorang, sedangkan yang lain tercari-cari, meminta - minta kehidupan.
Apa sudah jadi? Kita membazir segalanya, sedangkan yang lain merangkak - rangkak mencari sesuap nasi.
Apa sudah jadi? Kita 'membuta'kan mata melihat kebenaran, 'mencelik'kan mata melihat kebatilan.
Apa sudah jadi? Kita menentang, menghentam mereka yang berkata benar, menyokong mereka yang berkata nusta.

Apa sudah jadi? fikirkanlah sebelum perjalanan hidup terhenti...........

10 June 2009

Adakah kita benar?

Adakah kita benar? Benar di dalam percakapan, perbuatan dan perjalanan hidup. Benar kepada diri, keluarga dan sahabat handai. Sememangnya kita akan membenarkan apa yang kita merasa dan terasa benar walaupun kekadang kita sedar dan tersedar kita tidak benar untuk membenarkannya. Namun, untuk melepaskan kesalahan dan kesilapan kita bersanggupkan membenarkan perkara, percakapan, perbuatan yang tidak benar.

Adakah kita fikir bebas dari semuanya? Ingatlah setiap perbuatan dan percakapan ada pembalasannya. Akibatnya nanti kita yang tanggung samada ianya ringan atau berat.

Fikirkanlah............

08 June 2009

Layakkah anda sebagai pemimpin?

Kepimpinan memainkan peranan yang kritikal di dalam penyatuan pekerja. Menjadi pemimpin yang berproduktif tinggi tidak semestinya melayakkan anda sebagai pemimpin yang hebat. Christopher Stewart, Naib Presiden Kumpulan Gallup menyatakan ' Kepimpinan yang menentukan warna...orang perseorangan menyertai sesebuah organisasi itu kerana reputasinya dan 70% pekerjanya meninggalkannya kerana pengurusan yang buruk'.

Pemimpin tidak berada di setengah - tengah tempat atau situasi kerana posisinya. Anda hanya boleh memimpin sekiranya berkelayakan untuk memimpin dan mengamalkan resipi integrasi iaitu memiliki karakter moral yang kuat, jujur, menerima kegagalan, memulih dari kegagalan dan berpegang kepada janji. Tidak kurang pentingnya kematangan emosi yang melibatkan kesedaran & pengurusan diri, kesedaran & pengurusan lain.

Tugasan yang paling penting yang mesti dilaksanakan oleh seseorang pemimpin adalah dengan membina benteng kepercayaan termasuk hormat, maruah, intergrasi, saksama dan semangat kemajuan. Pemimpin perlu menghasilkan kefahaman mengenai masakini dan masa depan destinasi umum. Pemimpin juga perlu menghargai hasil pekerjaan para pekerja, menjalin perhubungan yang baik, semangat berpasukan dan mengamalkan komunikasi terbuka.

Sebagai pemimipin, anda perlu sedar bahawa anda tidak berkemampuan untuk melaksanakan semua pekerjaan bersendirian di dalam susana dunia masakini. Anda perlu medelagasikan kuasa kepada para pekerja menjalankan tugasan tersebut sebagaimana yang telah dipersetujui.