29 August 2008
Siapakah yang sudi?
Aku dikurung tanpa pemahaman. Aku dinafikan tanpa pembelaan. Aku ditolak tanpa perkenalan. Aku disakiti dengan perlakuan, perbuatan dan percakapan yang bertentangan. Aku sedih kerana kamu tiada sudi mengenali dan memahami aku. Aku lebih mengenali dan berpengetahuan dari kamu. Aku ada, kamu ada namun kamu ada aku tiada. Aku tiada berkehendak tapi kamu sangat - sangat berkemahuan buat memenuhi tuntutanmu.
Aku sedih melihat pergerakanmu. Pergerakan yang lebih menghala ke alam pemikiranmu. Benar kata benar akalmu, maka benar kata benar percakapanmu. Aku sedih melihat perjalanan hidupmu terhuyung - hayang melawan badai, duri onak mencari kesenangan, kebahagiaan mengikut caramu, kehendakmu, fikiranmu.
Sudikah kamu mengenali aku ? Sudikah kamu mengikut petunjukku ? Sudikah kamu bertemankan aku ? Sudikah kamu mengizinkan aku membimbing, membawa kamu kearah jalan yang benar , membenar dan terbenar. Bebas dari alam pemikiran duniawi. Bebas dari pengurungan dan pengawasan. Tenang dan setenangnya membawa ketenangan.
28 August 2008
Ketenangan
Perasaan sedih mula bertapak. Mencari dan tercari penjelasan dan penyelesaian. Air mata mengalir sudah buat meringan bebanan dijiwa. Luahan hati bersuara sudah. Menanya dan tertanya kepada siapa perlu diadu dan mengadu. Kepada siapa perlu diluah dan meluah. Agar terjawab persoalan dijiwa. Agar berakhir perjalanan yang tiada sudah - sudah. Agar hilang keresahan, ketakutan, keletihan dan kerunsingan. Anak mata merenung jauh di hujung jalan terpinga - pinga. Keresahan makin menambah. Tangan dan jejari terketar - ketar menahan badan, menerima hentaman, pukulan badai cubaan dan dugaan sepanjang jalan.
Biar apa pun cerita dan rahsianya, biar apa pun berita dan kisahnya, tiada penghujung, tiada pengakhiran di dalam perjalanan kehidupan selagi mata dibuka, badan bernyawa, tenaga masih ada. Suka atau tidak, gembira atau tidak, bosan atau tidak, benci atau tidak, semuanya hanya tinggal perasaan. Perjalanan mesti diteruskan.
Biar apa pun cubaannya, dugaannya dan hasutannya, kembali segala tenaga yang ada dan letakkan segalanya kepada yang satu iaitu KETENANGAN. Bukan urusan dan perihal untuk mempertikaikan segala kehendak untuk perjalanan ini yang telah dipertentukan. Oleh itu tenangkan segala pergerakan, percakapan dan perkataan. Tenangkan segala keresahan dan kekecewaan yang bersarang dihati. Tenangkan segala keletihan dan kepenatan badan. Tenangkan segala yang ada atau tiada, yang ternampak dan tersembunyi. Bertenangan akan menampakkan hasil kesabaran menempuh perjalanan. Memperlihatkan kesan permasalahan yang berkunjung tiada kesudahan. Menenangkan jiwa dan hati menjamah bahagia. Melapangkan jiwa menerima seadanya. Segala dugaan, cubaan, masalahan, makian, cacian diterima rela penuh gembira, tersenyum saja melihat kehadiran dihadapan mata.
Ketenangan jalan semoleknya. Ketenangan kunci permulaan. Maka kembalilah kepada ketenangan.
23 August 2008
Tamak
Persoalannya sekarang mampukah diri ini untuk lebih mendalami 'tamak' itu dan berusaha menjadikannya sebagai paltform untuk menghala ke arah yang lebih bersifat positif. Mungkin diri ini ingin mencuba menjadikan 'Tamak' itu sebagai peluang untuk berlumba - lumba berbuat baik sesama insan, sesama makhluk dari segi pertolongan, teguran, bantuan sekadar yang mampu dek badan dan kemampuan.
Mungkin diri ini ingin mencuba menjadikan 'Tamak' itu sebagai jambatan untuk lebih mencari ilmu agar sentiasa sedar dan tersedar akan hakikat kehidupan sementara di sini untuk lebih membentuk dan terbentuk diri sebagai insan, manusia yang berguna dan terguna sepanjang mengharungi perjalanan ini.
Fikirkanlah.........
20 August 2008
Jangan kita lupa
Jangan kita lupa kita bahawa bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan menjaga dan memelihara semuanya agar sentiasa berkeadaan baik untuk berterusan membantu kita memenuhi keperluan seharian, menjalankan kewajipan dan menempuh dugaan kehidupan.
Jangan kita lupa bahawa semuanya hanya pinjaman sementara sahaja kerana semuanya kelak akan berubah wajah dan hilang tenaga tiada upaya dimamah masa.
Jangan kita lupa penjagaan semuanya adalah perlu untuk memastikan kita sihat agar dapat memberi dan melaksanakan yang baik dan terbaik sepanjang perjalanan yang berliku-liku, berbelit-belit, penuh onak dan duri.
Jangan kita lupa pengendalian, penggunaan dan perlaksanaan perlu mengikuti panduan yang telah diberi, diajar agar tidak melampaui batasan. Kelampuan kelak mengundang keburukan dan kerugian.
Fikirkanlah.........
17 August 2008
Terpulanglah
Selagi dunia berputar, selagi malam berganti siang, selagi masa berlari, tiada perhentian, tiada penantian namun terus bergerak maju kehadapan, tetap maju mencari dan mencari ilmu, pengalaman, kesenangan, kebahagiaan, kecintaan.
Terpulanglah kepada anda untuk menerima dan meluah apa yang tersirat dan tersurat dihati, dijiwa kerana 'kemudahan' sudah diberi untuk melaksanakannya, menjalankannya. Kesetiaan 'kemudahan', 'kelengkapan' ini tiada kesangsian, tiada keraguan. Tetap berkhidmat sehingga perjalanan hidup diakhiri. Pertemuan jalan mati. Pengakhiran perjalanan yang jauh dan berliku-liku. Penuh kepenatan dan keletihan.
Terpulanglah.....
14 August 2008
Yang mana satu ?
Pencapaian ini terhasil kerana adanya pengalaman yang secara tidak langsung mengajar kita untuk memilih yang betul untuk mengelak sebarang masalah yang tidak diundang. Pengalaman kehidupan terhasil sebagai bekalan semasa kita berterusan menempuh perjalanan ini. Pengalaman ini mengajar kita untuk berfikir dan bertindak untuk kebaikan diri sepanjang melalui liku - liku kehidupan seharian.
Kekadang kita terhenti dipersimpangan, mencari dan tercari jalan yang perlu dilalui. Pengalaman yang dimiliki tidak dapat membantu. Masalah yang ditempuhi amat rumit. hinggakan menyeksa diri dan perasaan hati. Kita terpinga - pinga keseorangan mencari - cari penyelesaiannya. Tiada salah meminta bantuan dan pertolongan dari yang lalu lalang di persimpangan kerana dapat menolong kita mencapai keputusan bagi meneruskan perjalanan ini.
Biar apa pun alasan dan tindak-tanduknya, keputusan muktamad adalah hak kita untuk meneruskan perjalanan ini. Kekadang keputusan yang dibuat merugikan diri, jatuh tergolek tersilap jalan. Bangun dan kembali kepangkal persimpangan agar memulakan perjalanan lain untuk berterusan maju dan bergerak kehadapan.
Kebolehan mencapai keputusan bukannya satu kemahiran. Ianya milik semua orang kerana terhasil dengan sendirinya. Semua kita boleh, pernah dan akan selalu membuat keputusan untuk diri sendiri, keluarga dan tempat kerja. Kekadang keputusan melibatkan pelbagai faktor dan perkara sehingga terlalu sukar untuk mencapai keputusan.
Maka, beranikan diri membuat keputusan walaupun ianya sukar......
07 August 2008
Jalan Singkat
Jalan singkat atau pintas merupakan jalan penyelesaian yang diambil untuk memudahkan kita agar segera sampai ke destinasi atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan. Pelbagai cara yang digunapakai dari segi percakapan dan perbuatan. Kekerapan menggunakan cara ini sebagai penyelesaian membuatkan kita sudah lali dengannya sehinggakan kita berterusan mencarinya untuk 'melebih mudah'kan pekerjaan kita yang sudah dimudahkan.
Keinginan atau kemarut mencari 'kelebihan' ini membuatkan kita mulai mengabaikan perkara - perkara penting di dalam kehidupan seharian kita seperti keselamatan diri, keluarga, peraturan kehidupan dan jalan raya. Kekadang tindakan kita membuat jalan pintas untuk segera sampai ke destinasi yang ditujui contohnya, apabila kita hendak menghantar anak ke sekolah dengan menunggang motorsikal. Tanpa mengambil kira keselamatan anak, kita menunggang motorsikal dengan anak tidak bertopi keledar, melanggar lampu sesuka hati, memotong tanpa lampu isyarat, melawan arus trafik, memasuki jalan sehala dan sebagainya dengan alasan ianya me'MUDAH'kan anda.
Namun, keenakan ke'MUDAH'an ada bayarannya iaitu kesakitan, kehilangan dan penyesalan. Kekesalan sesudah kesakitan atau kehilangan tiada ertinya lagi seandainya keburukan yang tidak diundang melibatkan yang tersayang dan yang disayang. Ingatlah, Perjalanan kehidupan ini tiada kemunduran tapi berterusan maju dan maju ke hadapan. Tiada peralatan, tiada kemudahan bagi merubah masa kebelakang.
03 August 2008
Benarkah anda Hebat ?
Sememangnya anda perlu melakukan sedemikian rupa untuk memotivasikan diri anda sendiri bagi terus melangkah maju ke hadapan dan secara tidak langsung ianya akan mempengaruhi diri sahabat, keluarga dan rakan sepejabat anda merasai aura positif untuk turut serta maju bersama.
Namun, ketaksuban mengakui diri anda hebat dan terhebat sehingga merasakan tiada yang lebih hebat dari diri anda akan melayakkan diri anda ke peringkat yang lebih 'tertinggi' yang dinamakan peringkat 'pengujian' iaitu terbahagi kepada dua kategori. 1) Dugaan kemajuan 2) Dugaan kejatuhan.
Apabila mencapai peringkat ini terpulanglah kepada diri anda untuk menilainya sendiri kerana sesungguhnya sebagai manusia, anda mempunyai batasan yang perlu dihormati. Seandainya anda merasai anda hebat, ada yang lebih hebat dari anda. Sekiranya anda merasai lemah, ada yang lebih lemah dari anda. Maka, sebaiknya bersyukurlah akan keadaaan diri anda seadanya dan tiada salah dan menyalah seandainya anda berterusan memperbaiki diri untuk kemajuan kerana tiada perhentian dan kemunduran di dalam perjalanan hidup ini.
Seandainya anda diuji dengan kategori 1, maka anda berpeluang untuk berterusan maju di dalam perjalanan kehidupan seharian anda. Seandainya anda diuji dengan kategori 2, maka anda mesti kembali ke pangkalan perjalanan sebelum berakhir dengan penyesalan.
Kembalilah sebelum pengakhiran perjalanan. Kembalilah sebelum senjata perjalanan diletak sudah. Kembalilah sebelum anda berhenti dan terhenti keadaannya.
Renungilah........
02 August 2008
Kemana kita ?
Akal diberi buat senjata. Bagi mengerakkan anggota badan seluruhnya. Duduk termenung tiada jalannya. Bangun dan bangun maju setapak. Tiada perhentian tiada mundur kebelakang. Kedepan dan kedepan mencari pengalaman. Mencari ilmu, mencari cahaya. Buat bekalan di dalam perjalanan. Fikiran diasah, fikir dibuka. Usia tua bukan ukuran. Usia muda bukannya alasan. Tuntutlah ilmu tuntutlah ia sehingga penuh dada dengannya.
Renungilah......
01 August 2008
Adilkah kita?
2. Adilkah kita mendahulukan luaran dari dalaman ?
3. Adilkah kita menidakkan kehendak dalaman dari luaran ?
4. Adilkah kita sengaja atau tersengaja melupakan dalaman dari luaran ?
5. Adilkah kita melayan kemahuan luaran dari dalaman ?
6. Adilkah kita menyembuhkan kesakitan luaran dari dalaman ?
7. Adilkah kita memastikan kecantikan luaran dari dalaman ?
8. Adilkah kita mendengar kekecewaan luaran dari dalaman ?
9. Adilkah kita memperkatakan kehebatan luaran dari dalaman ?
10. Adilkah kita berbangga dengan luaran dari dalaman ?
11. Adilkah kita menerima penolakan luaran dari dalaman ?
12. Adilkah kita menentukan perjalanan luaran dari dalaman ?
Mungkin kita terlupa yang luaran tinggal luaran, kelak dijamah usia tua, bertukar wajah, bertukar rupa, yang cantik jadi pudar, yang indah jadi kelam, yang manis jadi tawar.
Mungkin kita terlupa yang luaran akan kembali keasalnya, yang dalaman kekal abadi. Yang luaran hancur dijamah tiada berupa lagi, yang dalaman kekal berwajah tetap berwajah. Yang luaran hilang tenaga, hilang kekuatan. Yang dalaman kekal bertenaga tetap bertenaga. Tiada hilang kekuatan tetap kekuatan.
Mungkin kita terlupa yang luaran hanya hiasan, sampai masa kembali jua. Yang dalaman tetap utuh, sampai masa akan dipanggil pulang.
Rugi sememangnya rugi. Tiada mahu mengenal dalaman. Berbuat kerja pelbagai cara, yang baik, yang buruk, yang jahat, yang merugikan tanpa mengira keresahan dalaman. Yang sedih, yang pilu dengan tindak tanduk luaran. Apakan daya, kita enggan mahu mengenal, enggan mahu berdamping, enggan mahu belajar, enggan mahu mengalah, enggan mahu duduk termenung, enggan mahu memberi peluang.
Apabila dipanggil pulang, pulang ia meninggalkan badan. Tiada kuasa, tiada tenaga. Terbujur kaku sendirian.
Fikirkanlah........
Mencari pengalaman atau padah
Sudah pelbagai nasihat, amaran lembut dan keras terpampang nyata dan bergema, namun tetap jua terus berjalan ke jalan yang gelap, berkemundangan dengan suara - suara yang mengasyikkan, yang bersaluti dengan penuh tipu muslihat.
Mencari pengalaman atau mencari padah. Akal diberi untuk berfikir. Membezakan yang asli dan yang palsu. Yang baik dan yang buruk. Namun, terpulangnya pada diri sendiri. Pemilihan tetap diputus sendiri. Akibatnya, padahnya ditanggung badan, ditanggung diri. Tiada putaran untuk kembali. Menyesal sebegini adalah rugi.
Fikirkanlah.......